Siakap Keli
Gambar Hiasan

Selain Pelakon Dan Penyanyi Korea Menjadi Perhatian, Makanannya Juga Turut Menjadi Menu Kegemaran Di Malaysia

Sejak beberapa tahun yang lepas sehingga kini, fenomena korea masih belum berakhir. Mengapa ia dipanggil fenomena kerana boleh dikatakan semua peringkat umur menyukai drama dan juga lagu korea. Golongan remaja boleh dikatakan setiap hari akan melihat perkembangan artis kegemaran mereka di media sosial manakala golongan dewasa pula akan setia di depan kaca televisyen untuk mengikuti siaran drama korea.

Sumber Google: www.scmp.com

Golongan yang obses dengan korea, bukan hanya akan mengikuti perkembangan artis tersebut malah sanggup berhabis duit untuk membeli DVD lagu, sticker dan bantal yang ada gambar penyanyi kegeraman mereka. Menu makanan korea juga turut mendapat tempat di hati rakyat Malaysia contohnya ramen dan kimchi.

Kimchi merupakan makanan yang berasaskan sayur-sayuran seperti kobis, lobak merah, bawang merah, bawang putih serta timun dan enak di makan begitu sahaja atau dicampurkan dengan nasi. Kalau di Malaysia, ada yang mempelbagaikan menu masakan berasaskan kimchi contohnya nasi goreng kimchi atau makan bersama maggi.

Sumber Google: http://theculturedfoodie.com

Namun begitu, mesti ada yang tertanya adakah kimchi mendatangkan manfaat atau keburukan kepada tubuh badan. Kandungan probiotik yang dikatakan ada pada yogurt juga terkandung dalam kimchi, khasiat ini memudahkan proses pencernaan dan mengelak berlakunya sembelit.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kimchi mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk tubuh. Bawang putih dapat meningkatkan sistem imun yang berfungsi melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan luka atau sesuatu penyakit. Kubis pula menjadi bahan utama dalam kimchi bersifat anti-radang dan mengandungi pelbagai vitamin serta nutrien penting yang dapat melindungi tubuh anda daripada risiko kanser.

Sumber Google: https://parenting.firstcry.com

Tubuh badan kita memerlukan serat yang tinggi untuk melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya. Sayur-sayuran yang digunakan dalam kimchi mengandungi serat yang diperlukan oleh tubuh. Menurut beberapa kajian seseorang yang makan serat dalam jumlah yang mencukupi, tidak berpotensi untuk dijangkiti penyakit seperti penyakit jantung, strok, diabetes, dan obesiti.

Selain itu, makanan tradisional korea ini rendah kalori dan sesuai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Rasanya yang masam serta serat yang terkandung dalam kimchi membuatkan anda cepat kenyang dan tidak mudah berasa lapar.

Kubis, bawang putih dan bawang merah bersifat anti-radang, penting untuk pencegahan penyakit seperti kanser, arteri tersumbat dan penyakit kronik yang lain. Boleh dikatakan sayur-sayuran adalah makanan yang berkhasiat dan perlu diambil setiap hari. Anda boleh mempelbagaikan menu tidak semestinya membuat kimchi sahaja.

Sumber: draxeuniversityhealthnewsnaturalfoodseries

marlya syafikah