Siakap Keli

Tunjuk Perilaku Pelik Di Lapangan Terbang, Lelaki Ditahan Mengaku ‘Selit’ 6 Keping Emas Dalam Dubur

Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur kerana didakwa cuba menyeludup emas ke negara itu dengan menyembunyikannya di rektumnya, kata seorang pegawai Kastam pada hari Selasa.

Pankaj Saduwani ditahan di lapangan terbang Ahad malam selepas seorang kakitangan Kastam mengesyaki suspek berkelakuan pelik sebaik turun daripada penerbangan Thai Airways.

Sepanjang proses penahanan, Saduwani akhirnya mengaku bahawa dia menyembunyikan 6 keping emas seberat 1kg didalam rektumnya.

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan berkata, modus operandi kumpulan itu adalah penyeludup diberikan gambar penerima barang yang menunggu di luar lapangan terbang dan barang tersebut hanya boleh diberikan kepada individu itu sahaja.

Sumber: Khaleej Times

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di