Siakap Keli

(Video)Bisha’h Alat Pengesan Penipuan Tertua Di Dunia, Jilat Besi Panas Atas Nama Kebenaran

Kaum Ayaidah yang merupakan orang Arab Badwi tinggal Timur Laut Mesir ini menjadi satu-satunya kumpulan kaum di dunia yang masih mengamalkan penggunaan alat pengesanan penipuan tertua di dunia, Bisha’h.

Bagi menentukan sama ada seseorang pesalah itu bercakap benar atau sebaliknya, mereka haru menjilat hujung batang besi yang panas di hadapan pihak berkuasa puak. Jika lidah mereka menunjukkan tanda melecur, mereka didapati bersalah, dan begitulah sebaliknya.

Bisha’h dipercayai sudah diamalkan sejak zaman Mesopotamia lagi oleh puak-puak Arab Badwi, tetapi di zaman moden ini, hanya tinggal kaum Ayaidah sahaja yang masih mengamalkan teknik purba tersebut.

Malah, beberapa buah negara Arab seperti Jordan dan Arab Saudi sudahpun mengharamkan penggunaan Bisha’h namun Mesir masih lagi belum berbuat demikian, sekaligus kaum Ayaidah masih mengekalkan tradisi tersebut. Namun, beberapa pergerakkan Islam di Mesir memberitahu bahawa amalan Bisha’h adalah tidak Islamik.

Dianggap sebagai mesin pengesan penipuan tertua di dunia (pada masa yang sama paling tidak tepat), Bisha’h sering digunakan untuk mengadili pesalah yang melakukan jenayah, tetapi tiada saksi di lokasi kejadian. Tertuduh akan diarahkan untuk menjilat besi panas dan sebarang hasil daripada tindakkan tersebut menentukan keputusan yang tidak boleh dibantah.

Antara helah yang wujud disebalik Bisha’s ini adalah kebiasannya orang yang menipu akan merasa gementar dan mulutnya menjadi kering, sekaligus boleh terkesan dengan haba pada besi panas itu. Sekiranya tidak bersalah, tertuduh akan merasa lebih tenang dan mulutnya masih basah dengan air liur. Jadi, haba daripada besi panas itu akan meninggalkan kesan yang minima pada lidah.

Walaupun begitu, ramai yang berpendapat tidak mungkin mana-mana pesalah tidak merasa gementar untuk menjalani ujian sedemikian rupa biarpun tidak bersalah, sekaligus peluang untuk selamat daripada hukuman selepas menjalani Bisha’h selalunya sangat tipis.

Bisha’h yang diamalkan ketika ini adalah pilihan terakhir bagi orang-orang Ayaidah bagi menyelesaikan sesuatu jenayah, terutamanya jika tiada kata sepakat antara mangsa dengan suspek atau seperti yang dikatakan tadi, tiada saksi di tempat kejadian.

Selain itu, Bisha’h juga digunapakai sebagai ugutan kepada pesalah yang masih berdalih, dalam banyak keadaan mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang tertangguh. Jika mana-mana mangsa sudahpun menerima pampasan daripada tertuduh sebelum ini, kaedah Bisha’h tidak lagi akan digunapakai.

Dua keadaan di atas menjadi bukti bahawa sistem Bisha’h adalah tidak relevan dalam menentukan keputusan kerana kebanyakkan tertuduh rela untuk mengaku bersalah berbanding menjilat besi panas bagi membuktikan sebaliknya.

Bisha’h juga biasanya dilaksanakan di tempat terbuka, dengan wakil daripada kedua-dua belah pihak hadir untuk menjadi saksi kepada proses tersebut. Ritual ‘hukuman’ ini akan di jalankan dihadapan sekumpulan manusia yang mempunyai pengaruh dalam komuniti itu yang dikenali sebagai Mubesha. Jika suspek tidak hadir ke lokasi Bisha’h dijalankan, tertuduh secara automatik dianggap sebagai bersalah.

Seperti yang anda lihat, Bisha’h adalah kaedah yang dianggap zalim selain tidak tepat dalam menentukan sama ada pesalah menipu atau tidak. Sekiranya orang-orang Ayaidah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengamalkan tradisi kuno ini, maka Bisha’h turut lenyap daripada peta dunia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=G51ESj_WaK8] [youtube https://www.youtube.com/watch?v=hGVn0zdmth8]

 

Sumber: Oddity Central

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.