Siakap Keli

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Elak Anak Jatuh Sakit Yang Dikongsi Lelaki Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sistem ketahanan badan kanak-kanak sememangnya masih lemah berbanding orang dewasa. Mereka akan lebih mudah dijangkiti penyakit jika terdedah dengan virus yang berbahaya dan boleh mengancam kesihatan mereka.

Sekiranya mahu melakukan sebarang aktiviti luar yang ringkas sekalipun, ibu bapa harus bersedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Kanak-kanak paling mudah dijangkiti virus setelah mereka bermain air contohnya mandi kolam, pantai, sungai dan sebagainya. Tetapi, aktiviti sebegitulah yang menyeronokkan bagi mereka meskipun berisiko tinggi untuk dijangkiti sebarang penyakit bawaan virus lain.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi beberapa tips dari Mohd Fhais untuk mengelak anak dijangkiti penyakit seperti cirit-birit setelah bermandi -manda.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Image result for kids in the ocean

Musim perayaan ni semua pantai mesti sesak dengan orang bermandi manda. Masa ni la kuman kuman dalam laut tu akan menganas !

Bila dah ramai orang mandi tu macam-macamlah kuman, virus dan bakteria yang ikut merebak dalam air tu. Ini semua boleh sebabkan anak kita kena cirit birit, demam dan batuk-batuk.

Sebab itu mak ayah kena tahu 5 tips keselamatan untuk anak mandi laut supaya mereka tak jatuh sakit ini.

Image result for children playing at the sea
#1. Periksa Dahulu Kebersihan Air Laut

Sebelum nak terjun baik periksa dulu keadaan air. Kalau kotor sangat warna airnya hitam dan berkeladak, baik beredar dan cari laut lain.

Air laut yang hitam dan berkeladak ni maksudnya air tu tak sihat. Warna dah keledak, kuman dan bakteria yang duk dalam tu pun mesti beribu-ribu sel.

Malah air yang berkeladak ni kasar, boleh buat kaki dan badan anak kita luka-luka. Cari je lah laut yang bersih. Tak berbaloi mandi.

Image result for children with swimming suit
#2. Gunakan Baju Renang (Wajib)

Wajib guna baju renang. Kerana baju renang boleh menutup seluruh tubuh badan dan melindungi badan sepenuhnya.

Baju biasa hanya akan buatkan pasir dan air laut tu terperangkap dalam baju dan seluar. Pasir halus ni boleh masuk ke dalam badan melalui alat sulit anak kita. Jangan main-main!

Bahkan haiwan kecil pun boleh terperangkap dalam baju. Contohnya ubur-ubur, kalau kena kulit boleh gatal dan jadi ruam. Kasihan kat anak kalau kena.

Image result for children playing at the sea
#3. Jangan Bagi Minum Air Laut

Anak boleh kena cirit birit, batuk dan tonsil bengkak kalau banyak sangat minum air laut. Ini sebab dalam tu ada banyak sangat kuman dan parasit seperti Cryptosporidium, E-Coli, Giardia, Shigella dan Norovirus.

Kalau anak tertelan juga air laut cepat-cepat bagi mereka minum air mineral sebanyak yang boleh supaya kuman tu keluar ikut urin.

Related image
#4. Jangan Kutip Sebarangan Benda-benda Yang Hanyut di Pantai

Air laut akan menghanyutkan segala macam benda ke pantai. Kita tak tahu dari mana benda itu datang dan apa kuman yang dah melekat kat situ.

Jangan biarkan anak mengutip benda-benda ini tanpa perlindungan. Bahaya!

Gunalah sarung tangan atau belikan mainan seperti penyodok pasir untuk anak-anak. Alah RM10 je.

Image result for soap and shampoo
#5. Pastikan Bawa Sabun atau Shampoo

Akhir sekali selepas mandi laut wajib mandikan anak dengan air bersih sebanyak yang boleh. Gunakan sabun dan shampoo sehingga badan betul-betul hilang rasa melekit.

Masa mandi tu ada kuman dan bakteria yang turut melekat pada badan. Kuman ni boleh hidup kat mana-mana je, jadi penting kena basuh bersih-bersih.

Jika tak mandi bersih di hari yang sama tak mustahil 1-2 hari selepas mandi laut pun anak masih boleh jatuh sakit.

.
Bercuti dan berseronok sakan kat pantai tak guna juga kalau balik rumah semua sakit-sakit.

Kesihatan anak-anak patut diutamakan dari yang lain-lain.

p/s : Senang cerita carilah tempat mandi yang kurang orang. Kurang kumannya, malah kita nak mandi manda pun selesa

p/s : Tolong bagitahu kat mak ayah lain yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang masih belum tahu tu

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar