Siakap Keli
Kredit gambar: FMT

Majikan Tolong Bayar Hutang PTPTN Pekerja Akan Diberi Perlepasan Cukai

Seperti ramai sedia maklum dalam belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan mana-mana majikan yang membantu pekerja melangsaikan baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN)  akan diberi perlepasan cukai. Dilihat idea yang diutarakan ini amat baik dan disambut ramai peminjam PTPTN, langkah ini diambil bertujuan menggalakkan majikan menyumbang dalam kelestarian PTPTN di mana mereka boleh menjadikan bayaran balik PTPTN ini sebagai insentif kepada pekerja yang cemerlang.

Gambar: PTPTN

Bagi majikan yang mahu melangsaikan hutang PTPTN pekerjanya, mereka boleh membayar melalui portal PTPTN sama seperti kaedah caruman KWSP/Perkeso atau cek syarikat secara bulanan atau secara “Lump Sum” setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2019. Syarat bayaran balik PTPTN oleh majikan kepada pekerjanya ini mestilah hanya pekerja sepenuh masa, selain itu majikan sama sekali tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran atau tuntutan sebagai balasan kepada pembayaran PTPTN yang telah dibuat oleh mereka.

Apa yang lagi menarik dengan belanjawan mengenai PTPTN baru-baru ini, Ibu bapa / ibu bapa angkat / penjaga yang sah dari segi undang-undang yang membuka akaun untuk menambah simpanan SSPN untuk anak boleh nikmati pelepasan taksiran cukai.

Pelepasan Taksiran Cukai individu SSPN akan dinaikkan daripada RM6, 000 kepada RM8, 000 setahun untuk simpanan dalam SSPN-I dan tambahan RM6, 000 diberikan untuk takaful bagi SSPN-i Plus.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.ptptn.gov.my



nbsp;

Mohd Firdaus

Tak Makan Ikan Siakap Dan Ikan Keli

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di