Siakap Keli

(Video) Kejam, Pasangan Suami Isteri Bertengkar, Tinggalkan Bayi Di Warung Makan

Orang ramai gempar selepas menjumpai seorang bayi yang ditinggalkan di sebuah warung di Bangkok selepas ibu bapanya dipercayai bertengkar.

Penduduk di kawasan Thawi Watthana melaporkan terdengar tangisan bayi pada hari khamis lepas dalam pukul 11 malam waktu tempatan.

Bayi lelaki berusia dua minggu itu dijumpai dalam keadaan dibalut sehelai selimut dan diletakkan di atas meja di warung tersebut.

Bantuan kecemasan kemudiaanya tiba sejurus selepas penemuan bayi itu dan merawatnya di lokasi kejadian sebelum di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bayi tersebut dilaporkan sihat dan ditinggalkan bersama dengan sebuah beg yang berisi selimut, botol, dan losyen.

Pihak polis yang sedang menyiasat kes tersebut berkata saksi melihat sepasang lelaki dan perempuan membawa bawi tersebut bertengkar sesama sendiri pada awal petang hari yang sama.

Bayi itu kini dijaga di sebuah hospital kanak-kanak dan jika tiada siapa yang menuntut, bayi tersebut akan diserahkan ke rumah anak yatim.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar