Siakap Keli

(Video) Lebih 20 Kereta Tersadai Selepas Isi Minyak, Petronas Akui Berpunca Dari Kecuaian

Tular sebuah video di laman sosial hari ini menunjukkan beberapa buah deretan kenderaan yang tersadai di lebuh raya kerana didakwa mengalami masalah setelah mengisi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi.

Menurut dakwaan, bahan api tersebut dikatakan telah bercampur dengan air menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut.

Susulan itu, syarikat Petronas telah tampil mengeluarkan kenyataan maaf melalui laman twitter rasminya kepada lebih kurang 20 buah kenderaan yang terlibat.

Menurut Petronas, berdasarkan penilaian awal yang dilakukan oleh pihak mereka,  kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada kecuaian operasi pengendalian di stesen tersebut sahaja dan tidak melibatkan stesen Petronas lain. Justeru itu, stesen minyak Petronas Solaris telah ditutup buat sementara waktu.

Petronas mengambil serius berkenaan isu ini dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci. Pihaknya juga akan bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada semua pelanggan yang terlibat.

Sumber : Twitter PETRONAS Brands

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.