Siakap Keli

”Ayam Ni Ambil 9 Ketul Ye Bah,” Terkial-Kial Dia Tengok Menu, Buka ‘Wallet’ Berulang Kali Kira Duit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua orang beruntung dilahirkan dalam keluarga yang serba mampu. Apa pun aturan yang telah ditetapkan Allah, kita sebagai manusia harus mensyukuri setiap rezeki dan nikmat yang diberikan.

Jika kita merasakan susah, pandanglah mereka yang hidupnya jauh lebih susah dari kita. Beruntunglah jika kita masih berkemampuan untuk seringkali membeli makanan sedap berbanding mereka yang jarang sekali merasa.

Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat, namun di sebaliknya terselit erti pengorbanan ibu ayah demi membahagiakan anak-anak. Moga sahaja setiap jerih payah mereka membesarkan kita, dibayar dengan ganjaran syurga tertinggi oleh Allah. Amin!

Ke mana lagi nak habiskan gaji kalau bukan kepada isteri dan anak-anak..

Baru-baru ni, anak suruh saya beli cheesy wedges… balik kerja, saya pun p la kfc… ada sorang pak cik ni, beratur tepi saya, dia buka wallet, dia kira duit… pastu dia tengok menu atas tu… Saya tengok je dia…

Gambar Sekadar Hiasan

Dia p kat anak-anak dia yang duduk kat meja… pastu diorang anak-beranak datang kat tepi tu, tengok menu… ia tanya anak dia, “5 ketul cukup?”

Anak dia cakap, “ambik 9 ketul bah…”

Pastu dia pun p la beratur semula… dia buka balik wallet dia, dia kira lagi sekali duit dia… tiba giliran dia, orang counter tanya, “Pak cik nak makan sini ke, bungkus”…Makan sini dia jawab…“Pak cik nk order apa?”

“Dinner plate yang ayam dia 9 ketul…”

“Dinner plate, ayam 3 ketul ja pakcik…, pakcik nak ayam 9 ketul ke, nak dinner plate?” nak ayam 9 ketul dia kata…“Air, pakcik nak air apa?” dia tengok menu kat atas, dia tengok menu kat bawah, then dia pusing belakang, panggil anak-anak dia dtg…

“Nak air apa?” Anak-anak dia tunjuk fanta grape, fanta strawberi…

Gambar : FB Firdaus Shakirin

Saya rasa, pak cik ni jarang datang kfc… dan dia datang sebab anak-anak dia nak mkn kfc… dulu ayah syaa pun macam ni, bila kami nak makan kfc, dia suruh tunggu gaji… bila gaji masuk, dia bawa p kfc… bila order, dia tunjuk ja menu tu…

Bila dah jadi suami, dah jadi ayah, baru kita akan rasa, kita kerja untuk dapat gaji… dan gaji tu untuk isteri, anak-anak dan ibu bapa kita… itu keutamaan kita dan menggembirakan mereka dapat membuatkan hidup kita rasa tenang dan juga gembira…

Kita dah tak fikir tentang apa yang berlaku di tempat kerja… kita dah tak fikir tentang penat lelah kita… kita rasa satu kepuasan dapat bagi apa yang anak atau isteri nak…

*Bukan semua org mampu beli kfc untuk anak-anak, dan harga kfc sekarang pulak, bukannya murah… beruntunglah kita yang masih ada kemampuan untuk selalu beli atau makan semua ni… Bersyukurlah…

Sumber : Firdaus Shakirin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.