Siakap Keli
BERNAMA

”Surat Terbuka Tidak Sesuai”, Nurul Izzah Akhirnya Beri Respon Kepada Warkah Cordoba Dr Mujahid

Beberapa hari yang lalu, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengutus Warkah Cordoba secara terbuka kepada bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendapat perhatian ramai pihak.

Keunikkan gaya penulisan Dr Mujahid yang membahasakan dirinya sebagai kekanda dan Nurul Izzah sebagai Adinda mendapat reaksi lucu daripada netizen.

Tidak cukup dengan itu, beberapa syarikat terkenal tanah air turut mengambil kesempatan untuk melakukan pengiklanan dengan menggunakan gaya bahasa yang sama dalam mendekati pelanggan masing-masing.

Setelah sekian lama berdiam diri, Nurul Izzah akhirnya membuka mulut mengenai warkah yang ditujukan kepadanya melalui satu tweet sebentar tadi.

”Sebenarnya ia satu niat yang baik, bagaimanapun saya sudah memaklumkan Datuk (Dr Mujahid) bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendah-rendahkan diri.

”Apa yang lebih penting adalah kita memberi fokus kepada isu yang lebih besar,” katanya melalui tweet tersebut.

Dr Mujahid sebelum ini mengutuskan surat berkenaan sebagai respon terhadap tindakkan Nurul Izzah yang melepaskan jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat kerana mahu memberi tumpuan kepada rakyat yang diwakilinya di Parlimen Permatan Pauh.

Sumber: Twitter Nurul Izzah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.