Siakap Keli

(Video)Kerajaan Turki Berjaya Pindah Masjid Berusia 600 Tahun Secara Aman Untuk Tujuan Pembangunan

Sebuah masjid lama kurun ke-15 di Turki dipindahkan ke lokasi baru dengan menggunakan jentera khas ke kawasan baru bagi memberi laluan kepada pembangunan sebuah empangan. Masjid berkenaan dikatakan dipisahkan kepada dua bahagian sebelum diangkut.

Para pekerja terpaksa memisahkan Masjid Eyyubi  yang sudahpun berusia ratusan tahun disebabkan saiznya yang besar. Masjid berkenaan dipindahkan daripada sebuah kota lama Hasankeyf  di wilayah Batman.

Kota berkenaan dijangka akan ditenggelami air sepenuhnya apabila kerja-kerja membina empangan keempat terbesar di Turki, Empangan  Ilısu siap sepenuhnya.

Bahagian terakhir masjid berkenaan yang dianggarkan seberat 2,500 tan dipindahkan minggu lepas selepas dua lagi bahagian masjid tersebut sudahpun berjaya dipindahkan pada awal tahun 2018.

Selain struktur masjid berusia 610 tahun itu, beberapa lagi monumen-monumen kerajaan lampau turut dipindahkan ke kawasan baru yang diusahakan sejak 2017 lagi. Ini termasuklah monumen-monumen keagamaan dua agama utama dunia iatu agama Kristian dan Islam termasuklah daripada era Byzantine.

Secara keseluruhan, Masjid Eyyubi yang dianggarkan mempunyai berat sebanyak 4,600 tan itu memerlukan jentera khas dan dilengkapi sebanyak 300 roda untuk dipindahkan.

Kota Hasankeyf mendapat status perlindungan pada tahun 1981 mempunyai sejarah yang lama dan boleh dijejak sehingga 2000 tahun ke belakang melibatkan sembilan tamadun. Proses pemindahan ini berlaku secara aman.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ybFopYYOPDg]

 

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.