Siakap Keli

Ramalan Angin Kencang Dan Hujan Berterusan Selama 5 Hari Di Sarawak

Perubahan corak tiupan angin di Sarawak sepanjang lima hari akan datang (sehingga 5 Januari depan) dijangka  banyak dipengaruhi oleh pergerakan Lekukan Tropika  di perairan Laut China Selatan yang dijangka bergerak ke arah barat-barat laut, menurut kenyataan Pejabat Meteorologi Sarawak.

Menurut kenyataan itu hari ini, kelajuan angin barat-barat laut yang memasuki darat Sarawak mencecah sehingga  30 knot, diramalkan boleh membawa angin kencang serta hujan di kawasan sepanjang persisiran pantai.

Selepas tempoh lima hari tersebut, dijangka akan terdapat luruan angin Timuran menyebabkan keadaan cuaca yang lembap, khususnya di kawasan utara dan pedalaman Sarawak pada sebelah petang hingga malam manakala kawasan tengah dan barat Sarawak pada sebelah pagi, katanya.

Sementara itu, kenyataan itu menyatakan pada sebelah petang hari ini akan berlaku ribut petir di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Ia turut berkata hujan berterusan berlaku di beberapa tempat di Bintulu, Miri dan Limbang serta hujan di satu dua bahagian.

Manakala pada sebelah malam akan berlaku hujan berterusan di beberapa tempat di Bintulu, Miri dan Limbang sementara hujan di satu dua tempat di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.