Siakap Keli

(Video) ”Nasib Mak Dia Sempat Datang,” Cemas, Viral Rakaman Dakwaan Cubaan Culik Kanak-Kanak

Tular di media sosial, sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa satu cubaan culik seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Selayang.

Berdasarkan rakaman tersebut, kanak-kanak itu kelihatan bermain di perkarangan masjid seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki tersebut pada mulanya dilihat telah berjalan melintasi kanak-kanak tersebut namun kemudiannya dia berhenti dan berpatah balik menghampiri kanak-kanak itu.

Menerusi rakaman, lelaki itu cuba bertindak mengheret dan merangkul kanak-kanak berkenaan, namun mujurlah cubaan itu disedari oleh seorang wanita yang meluru keluar menyelamatkannya.

Wanita tersebut dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit yang sedang menghadiri Usrah Guru Pasti di masjid berkenaan.

Menurut sumber, lelaki itu merupakan pemegang kad OKU serta seorang mualaf tetapi tidak dapat dipastikan pada waktu itu suspek berada dalam keadaan dipengaruhi alkohol atau tidak.

Susulan insiden ini, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang mereka dan menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kes ini agar tidak berulang lagi.

”Sebelum ni rasa masjid dah selamat dah. Selalu bawa anak-anak lepas kat masjid. Dah perlu letak pengawal dekat setiap masjid,” kata seorang netizen.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.