Siakap Keli

(Video) Padah Leka Dengan Telefon Bimbit, Kekasih Berang, Rampas Dan Baling Dalam Periuk Mendidih

Gara-gara tidak tahan dengan pasangan yang asyik bermain telefon sewaktu makan malam, seorang wanita menggunakan cara ‘kejam’ bagi mendapatkan perhatian kekasihnya itu.

Cara yang digunakan adalah dengan merampas dan membuang telefon bimbit lelaki itu ke dalam periuk yang sedang mendidih.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China.

Video rakaman yang menjadi tular, dirakam oleh pelanggan lain yang berada di situ menunjukkan pasangan terbabit bertengkar sebelum wanita itu bertindak merampas telefon teman lelakinya.

Gambar : Net Shark

Lelaki terbabit pula kelihatan memegang chop stick dan di sebelah tangannya pula memegang telefon bimbit.

Tanpa memberi sebarang amaran, wanita itu terus merampas telefon dari tangan lelaki itu dan terus membuangnya ke dalam periuk yang mendidih di atas meja mereka.

Gambar : Net Shark

Wanita itu kemudiannya beredar dari tempat kejadian dalam keadaan berang sementara lelaki itu berusaha mengeluarkan telefon bimbitnya dari periuk tersebut.

Hasil bantuan pelayan restoran, lelaki itu berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya masih dapat berfungsi dengan baik atau tidak.

Gambar : Net Shark

Rakaman kejadian itu pantas menjadi tular di media sosial China dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendakwa lelaki itu memang layak mendapat hukuman tersebut, tetapi yang lain pula mendakwa teman wanitanya bertindak melampaui batas.

”Lelaki tu bukannya mengejar perempuan itu, tetapi sibuk menyelamatkan telefonnya.”

”Makan sambil bermain telefon bimbit adalah tidak betul, tetapi melemparkan telefon bimbit dalam periuk yang mendidih juga satu tindakan yang salah,” tulis netizen.

https://www.youtube.com/watch?v=OWIL9-hhcVI

Sumber : Next Shark

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.