Siakap Keli

“Suami Terpakai,” Muak 7 Tahun Bersama, Isteri Jual Suami Dalam eBay serendah RM80

Seorang wanita dari Jerman telah menyenarikan suaminya di dalam talian melalui medium eBay dengan harga bermula dari RM80.

Dorte L, 40 tahun berkata, “Perayaan Krismas kali ini saya dah muak untuk bersamanya.  Saya nak jual suami saya.”

“Saya gembira untuk berunding harga, sila hantarkan sebarang pertanyaan melalui e-mel.”

Beliau menambah bahawa suaminya itu boleh dijadikan sebagai koleksi hadiah Hari Krismas.

Bercakap kepada media tempatan, dia memberitahu bahawa suaminya langsung tak menyedari iklan tersebut sehingga terbaca tentang dirinya di akhbar.

‘Suami telah digunakan’ dijadikan sebagai deskripsi posting tersebut untuk mereka yang berminat membida suaminya.

Daripada situ, iklan tersebut mendapat perhatian orang ramai dan maklum balas positif yang rata-rata terhibur.

“Iklan itu mendapat sambutan yang bagus, tapi ia sekadar suka-suka.”

Sumber: LAD

Nur Farra