Siakap Keli

Viral Rakaman CCTV Masjid, Wanita Dipukul Ketika Solat, Suspek Sempat Tolong Imam Kira Duit Derma Tabung Sebelum Bertindak

Video seorang lelaki memukul seorang wanita yang sedang solat di masjid tular di media sosial beberapa hari lalu.

Dalam rakaman video tersebut, seroang wanita yang sedang solat di Masjid Al Istiqomah, Kunjang, Samarinda, Indonesia tiba-tiba dipukul oleh suspek daripada arah belakang.

Lelaki tersebut memukul wanita itu menggunakan kayu hingga tersungkur.

Ketika mangsa tersungkur ke lantai, suspek sekali lagi melayangkan pukulan ke arah wajah sehingga menyebabkan mangsa hampir tidak sedarkan diri.

Walau bagaimanapun, pukulan tersebut tidak dapat menumbangkan mangsa sepenuhnya dan terus bangun berdiri.

Melihat mangsa yang masih kuat, suspek akhirnya melarikan diri.

Menurut penduduk tempatan, suspek merupakan ‘penghijrah’ yang beberapa hari telah tidur di masjid.

Ketua pengurus masjid memberitahu bahawa kejadian berlaku setelah selesai solat jumaat.

“Saat itu semua pengurus masjid serta jemaah telah balik.”

“Selama dia tinggal dia masjid, suspek cukup rajin orangnya.  Tanpa disuruh dia bersihkan masjid dan berkomunikasi dengan baik.”

“Bahkan, sebelum kejadian itu berlaku, dia membantu kami mengira kutipan derma tabung masjid.”

“Saya syak dia mahu mencuri motorsikat mangsa kerana dia sempat melalui kawasan tempat letak kenderaan sebelum cuba mencederakan mangsa namun cubaannya gagal dan larikan diri.”

Sumber: Tribun News

Nur Farra