Siakap Keli

Percaya Mereka Adalah Pasangan Kekasih Di ‘Kehidupan Lalu’, Ibu Bapa Ini Kahwinkan Anak Kembar Yang Berusia Enam Tahun

Sepasang suami isteri mengambil keputusan untuk mengahwinkan anak kembarnya kerana mempercayai bahawa mereka adalah pasangan kekasih di ‘kehidupan yang lalu’.

Amornsan Sunthorn Malirat, 31 dan isterinya Phacharaporn, 30, berbelanjakan banyak wang bagi mengadakan majlis perkahwinan itu supaya anak mereka mendapat kejayaan kelak.

Mengikut kepercayaan Buddha, pasangan kembar lelaki , Guitar, 6 dan adik  perempuannya, Kiwi, 6 adalah pasangan kekasih yang dilahirkan semula tetapi memiliki ‘karma’ dari kehidupan yang lalu dan harus dikahwinkan bagi mengelakkan nasib malang pada masa akan datang.

“Kami percaya anak kembar kami ini adalah pasangan kekasih di kelahiran yang lalu. Ini adalah kepercayaan kami sejak zaman nenek moyang lagi,” jelas Amornsan yang dipetik dari portal berita tempatan.

Mereka juga percaya dengan mengahwinkan anak mereka ini  merupakan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi sebelum dilahirkan semula dan mengelakkan pasangan kembar ini jatuh sakit kelak.

Menerusi video yang di muat naik, kelihatan Guitar melakukan beberapa adat tradisi perkahwinan Thailand sebelum bertemu dengan pasangannya.

Meskipun perkahwinan mereka ini dianggap sah oleh masyarakat sekeliling, pasangan kembar ini tidak terikat dengan undang-undang berikutan mereka masih dibawah umur dan memerlukan bimbingan ibu bapa.

Sumber: TheSun

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar