Siakap Keli

Applikasi WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Oleh Beberapa Telefon Mulai Tahun Ini, Ini Senarai Penuh Jenis Telefon Bimbit

Segelintir pengguna applikasi mesej terkemuka WhatsApp tidak lagi dapat menggunakan applikasi tersebut bermula Selasa lalu mengikut jenis telefon bimbit mereka.

Peranti yang menggunakan sistem operasi (OS) Siri 40 tidak lagi akan digunakan pada 2019.

Apa yang mengejutkan ialah, sistem operasi (OS) Siri 40 ini digunakan oleh jenis telefon bimbit yang sangat mahal seperti Vertu Signature S yang berharga sekitar RM 42,000.

Telefon bimbit keluaran Nokia paling banyak terjejas dan tidak lagi dapat menggunakan WhatsApp bermula Selasa.

Perubahan yang dilakukan ini mungkin akan memberi impak yang kecil kepada segelintir pemilik yang tidak menggunakan applikasi ini dan hanya menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan semata-mata.

Image result for type of phone no longer use whatsapp mirror uk

Namun, bagi pemilik jenis telefon yang tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp, pastinya perubahan ini akan menyusahkan mereka terutamanya bagi yang berpendapatan rendah.

Jenis telefon bimbit terakhir yang dihasilkan menggunakan OS Siri 40 ialah Nokia 515 keluaran tahun 2013.

Sebelumnya, WhatsApp telah menghalang peranti ini dari menggunakan servis tersebut.

Menurut WhatsApp, jenis telefon bimbit yang terjejas dengan perubahan itu adalah seperti berikut:

Nokia 206

Nokia 208

Nokia 301

Nokia 515

Nokia Asha 201

Nokia Asha 205

Nokia Asha 210

Nokia Asha 230

Nokia Asha 300

Nokia Asha 302

Nokia Asha 303

Nokia Asha 305

Nokia Asha 306

Nokia Asha 308

Nokia Asha 309

Nokia Asha 310

Nokia Asha 311

Nokia Asha 500

Nokia Asha 501

Nokia Asha 502

Nokia Asha 503

Nokia C3-00

Nokia C3-01

Nokia X2-00

Sumber: Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar