Siakap Keli

“Dulu Akak Nak Cakap Omputih Pun Ulang 10 Kali,” Kepetahan Murid Darjah 1 Jawab Temubual Dalam Bahasa Inggeris Mencuit Hati Netizen

Sesi persekolahan telah pun bermula beberapa hari lalu menyaksikan gelagat anak-anak pertama kali ke sekolah rendah berjumpa kawan-kawan baru.

Pelbagai gelagat mencuit hati dikongsi melalui laman media sosial oleh para ibu bapa dan penjaga yang menemani dihari pertama persekolahan.

Antaranya kemahiran seorang pelajar darjah satu ini menjawab temubual dalam bahasa Inggeris mendapat perhatian netizen.

Rata-rata mereka memuji gaya kanak-kanak tersebut bertutur dengan slang yang mengagumkan.

Video ihsan media TV1 itu mula tular apabila kanak-kanak berkenaan menjawab soalan yang diberikan wartawan dalam bahasa Inggeris.  Kepetahannya mengujakan netizen.

Antara ulasan netizen:

Sumber: Video Kepochi, RTM

Nur Farra