Siakap Keli
Kompas.com

Gabenor Dedah Jawa Barat Dalam Zon Merah, Berisiko Jadi Kawasan Bencana

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa seluruh kawasan Jawa Barat dan 2/3 Sukabumi kini berada dalam Zon Merah ataupun risiko terdedah risiko bencana.

”Jika dilihat pada peta Jawa Barat, keseluruhan kawasan ditandai dengan warna merah. Malah luas dua pertiga kawasan Sukabumi juga termasuk dalam zon yang sama,” katanya ketika melawat kawasan bencana tanah runtuh di Kampung Garehong, Dusun Cimapag, Kecamatan Cisolok.

”Sepanjang tahun 2018, sebanyak 1,560 kejadian bencana alam dilaporkan berlaku di Jawa Barat dan 550 daripadanya merupakan kes tanah runtuh,” katanya lagi.

Kampung Garehong sebelum ini dilaporkan telah dilanda kejadian tanah runtuh yang menyaksikan puluhan buah rumah tertimbus. Sehingga kini, disahkan tiga orang ditemui maut manakala puluhan mangsa masih hilang.

Kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan.

Sumber: Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.