Siakap Keli

Jarak 3 Meter, Perokok Ambil Inisiatif ‘Standby’ Pita Ukur Dalam Poket

Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam 1 haribulan lalu, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Menurut laporan Bernama, hari pertama penguatkuasaam, sebanyak 1,453 surat amaran telah dikeluarkan dan seramai 3,879 individu telahpun diberikan nasihat.

Sehubungan perlaksanaan itu, ada diantara perokok mengambil inisiatif sendiri dengan membawa pita mengukur untuk memastikan jarak 3 meter yang dibolehkan merokok.

Rakaman video seorang lelaki memegang pita pengukur dari jauh sambil dibantu rakannya yang duduk di meja menarik perhatian netizen yang rata-rata lucu dengan tindakannya.

“Kawan-kawan nak isap rokok, kena duduk jauh-jauh 3 meter,” kata kawannya.

Sumber: Video ViralMeletop

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di