Siakap Keli

Ribut Paling Ganas, ‘Siklon Tropika’ Hentam Pelantar Minyak, Rakyat Diminta Buat Solat Hajat

Beberapa hari lalu, media massa sudah memberi amaran tentang berita ‘Ribut Siklon’ yang dikatakan bakal ‘menghentam’ negeri pantai timur pada awal minggu ini.

Ribut Siklon Tropika antara ribut ganas yang berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia akan dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan.

Terbaru, rakaman video daripada pekerja pelantar minyak di Terengganu berkongsi kekuatan ribut itu sehingga menggoncangkan kawasan terbabit.

Sebelum, Bernama telah melaporkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran pantai di negeri ini berikutan keadaan ombak besar dan laut bergelora yang berlaku sekarang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan sebelum itu turut menggesa penduduk setempat untuk melaksanakan solat hajat memohon keselamatan daripada bencana.

Sumber: Video Kepochi, Muhammad Syafiq

Nur Farra