Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video)NASA Keluarkan Amaran Asteroid, Objek Gergasi Hampiri Bumi Jumaat Ini

Satu asteroid gergasi yang bergerak pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi dijangka akan membuat ‘Perjalanan Mendekati Bumi’ Jumaat ini, seperti yang didedahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan, Amerika Syarikat (NASA).

Diberi kod nama Asteroid 2014 AD16, NASA menjangkakan asteroid berkenaan akan melintasi kawasan pada jarak yang hampir dengan Bumi pada awal pagi Jumaat. Ini adalah kali pertama objek berkenaan menghampiri Bumi dalam tempoh lima tahun sejak NASA mula memantaunya bermula tahun 2014.

NASA juga membuat anggaran bahawa asteroid berkenaan mempunyai diameter diantara 8.8 sehingga 20 meter, sama dengan meteor yang pernah menghentam Bumi pada 2013 di Chelyabinsk, Rusia.

Dalam insiden berkenaan, meteor tersebut yang meletup di udara telah melepaskan gelombang kejutan yang menyebabkan lebih daripada 7,000 buah bangunan rosak di beberapa buah bandar selain ribuan turut tercedera, akibat terkena serpihan cermin bangunan yang pecah.

Menurut NASA, impak gelombang kejutan tersebut mempunyai kekuatan 20 sehingga 30 kali ganda daripada letupan bom atom.

Ancaman asteroid sukar dikesan sehinggalah ia mula memasuki fasa kemasukkan ke Bumi, meninggalkan amaran bahaya ‘serangan’ daripada atas.

Sehingga kini, NASA menganggarkan bahawa terdapat sekitar 10 juta asteroid yang berlegar pada kedudukan berdekatan dengan Bumi atau Near-Earth Objects (NEOs) yang mempunyai diameter melebihi 20 meter.

Berdasarkan kejadian yang berlaku di Rusia, NASA mengingatkan orang ramai bahawa NEOs bersaiz kecil sekalipun boleh meninggalkan impak dengan kekuatan berganda-ganda daripada letupan sebuah bom atom.

Bagaimanapun, kata NASA penduduk Bumi bernasib baik pada Jumaat ini kerana AD16 mempunyai risiko yang sangat rendah untuk memasuki orbit Bumi. Pada jarat terdekat dengan Bumi, AD16 sebenarnya berada pada kedudukan 0.03297 astronomical units (au), dimana 1 au bersamaan dengan 149.9 juta kilometer iaitu jarak antara Bumi dengan Matahari.

Dalam kiraan kilometer, AD16 sebenarnya akan terbang melintasi Bumi pada jarak 4.9 juta kilometer atau kira-kira 12.83 kali lebih jauh antara jarak Bumi dengan Bulan (384,400 kilometer).

Jika diambil kira pada jarak melebihi jutaan kilometer itu, ia mungkin sesuatu yang sangat jauh daripada manusia, namun dalam konteks angkasa lepas, ia sebenarnya sangat dekat dengan ancaman asteroid besar dan impak hentaman yang sangat berbahaya kepada manusia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dpmXyJrs7iU]

 

Sumber: Express UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.