Siakap Keli

‘Yang Kotor Seluar, Makan Atas Lantai Tu Anak Orang’, Dah 2019 Pun Perangai Segelintir Ibu Bapa Tetap Sama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kali bermulanya tahun baru, pasti ada ibu bapa yang teruja untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah buat kali pertama. Ada yang sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menemani anak kecil mereka di bilik darjah atau membantu membeli makanan di kantin.

Tapi yang tak seronoknya, apabila terjadi situasi seperti yang dikatakan oleh Akhtar Syamir ini. Tak salah bila ibu bapa mahu mengambil berat tentang keperluan makan anak-anak, tetapi jika keterujaan tersebut sampai menafikan hak pelajar-pelajar yang lain, mungkin sudah menjadi perkara yang tidak beretika kan?

Ketika ibu-bapa ini teruja melihat anak-anak mereka menuntut ilmu pada hari pertama, tanpa sedar (atau tidak peduli) mereka jugalah menjadi orang pertama yang menunjukkan perkara tidak elok di dalam pagar sekolah kepada anak-anak.

Jom kita baca perkongsian oleh Akhtar Syamir atau BroOhsem di bawah. Semoga bermanfaat.

Kenapa perkara sebegini masih terjadi? Tahun lepas tak tengok facebook ke? Beribu – ribu orang kecam perangai ibu – bapa duduk di kerusi kantin ni. Tapi hari ini masih terjadi.

Kalau pun tak tengok facebook, takde rasa bersalah ke bila ambil tempat yang dikhaskan untuk murid? Tak tengok keliling ke sampai ada murid yang kene duduk atas lantai?

Yang terpaksa kotor seluar, yang terpaksa tak selesa makan tu anak orang. Macam mana kalau jadi kat anak sendiri? Mesti marah jugak betul tak?

Sekolah dah sediakan tempat duduk yang mencukupi. Kenapa pada masa lain cukup je tempat duduknya? Kenapa pada minggu pertama atau hari pertama jadi tak cukup? Sudah tentulah ibu – bapa yang duduk dan menafikan hak murid untuk makan dengan selesa.

Kita di era maklumat di hujung jari, tapi maklumat tu tak masuk dalam kepala. Masih tebal dialaskan dengan sikap pentingkan diri ibu – bapa itu sendiri.

Sepatutnya kita dah boleh amalkan sikap peduli pasal orang lain. Bila nak buat sesuatu, lihat keadaan sekeliling. Jika ada orang lain buat, itu bukan tiket untuk anda buat jugak. Jadi orang yang bertanggungjawab.

2019 dah ni. Bila la nak berubah?

Apa perasaan korang tengok gambar tu? Masih terjadi tak kat sekolah anak korang?

BroOhsem

Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.