Siakap Keli

Bagaimana Air Suam Dan Garam Mampu Redakan Sakit Tekak? Ikuti Penerangan Dari Doktor Pakar Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sakit tekak merupakan antara penyakit yang paling kerap dihidapi tidak kiralah orang dewasa atau kanak-kanak. Masalah sakit tekak ini boleh terjadi dalam keadaan yang biasa-biasa sehinggalah membuatkan tubuh kita lemah dan menjejaskan rutin harian.

Pelbagai jenis ubat-ubatan yang dijual di farmasi, klinik dan sebagainya, namun kadang-kala ianya tidak memberi sebarang tindak balas yang baik terhadap sakir tekak.

Sering juga kita dengar tentang petua-petua yang diajar oleh orang dulu-dulu bagi menyembuhkan sakit ini. Tetapi, sejauh manakah keberkesanan petua-petua yang ada itu?

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan amalan yang boleh anda lakukan dirumah sekiranya mengalami sakit tekak yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Ramai antara kita yang kerap mengalami masalah sakit tekak. Sama ada ibu, bapa atau anak-anak kecil. Berbagai-bagai cara dan petua yang yang diberi, tetapi amat sukar untuk dilakukan.

Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.

Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?

Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.

Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.

Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.

Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling. Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sila SHARE dan kongsi kepada orang yang anda sayang.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

 

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar