Siakap Keli

“Bengang Diambil Gambar, Suspek Tunjuk Tanda Lucah,” Lelaki Cerita Pengalaman Pengguna Jalan Raya ‘Cilok’ Elak Bayar Tol

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ada segelintir pengguna jalan raya mengambil kesempatan ke atas pemandu lain untuk tidak membayar tol dengan menggunakan kaedah yang membahayakan keselamatan.

‘Mencilok’ dan mengikut rapat kenderaan di hadapan antara cara mereka memboloskan diri tanpa perlu membayar tol yang dikenakan.  Perkongsian daripada saudara Zieqry berkongsi pengalamannya sendiri berhadapan dengan pengguna jalan raya yang menggunakan modus operandi yang sama.

Post ini berkenaan dengan insiden yang berlaku pada 4 Januari 2019, pada jam sekita 3.05 pagi, apabila suspek mengekori saya, setelah saya sentuh Touch N Go saya di salah satu lorong Touch N Go Plaza Tol Sunway. Suspek melakukan perkara tersebut atas sebab ingin melalui tol tersebut secara percuma.

Namun, disebabkan saya tidak pandu terus laju selepas melepasi tol tersebut, saya berjaya untuk memberhentikan kenderaan saya dan kenderaan dia di belakang saya. Kemudian saya keluar dari kenderaan saya dan menangkap gambar ini. Selepas gambar ini diambil, suspek memotong disebelah kiri saya dan menunjuk tanda-tanda lucah kepada saya, seakan-akan bengang yang perlakuannya telah tertangkap.

Bukan itu sahaja, suspek juga mengacah-acah bawa perlahan dihadapan saya, setelah saya bergerak. Kemudian memberi saya peluang untuk maju depan. Apabila saya di hadapan, dia mengacah-acah saya dengan lampu tinggi kenderaannya, dan juga ‘ramp’ engine-nya, seakan-akan ingin menakutkan saya.

Suspek kemudian mengekori saya dari belakang, memasang lampu tinggi, dan terus mengekori sehingga dia berputus asa kerana saya melalui jalan yang mungkin melepasi simpang destinasi yang ingin dituju suspek.
Berikut merupakan maklumat lengkap yang saya dapat untuk tujukan perkara ini ke pihak yang berkenan:

Tarikh dan Masa – 4 Januari 2019, 3.05pagi
Lokasi – Plaza Tol Sunway, arah ke Puchong
Suspek – Pemandu lelaki dewasa berbangsa India, bersama dengan penumpang (1) orang, perempuan dewasa berbangsa India.
Kereta – Honda hitam
No. Plat : WPR 3***
Maklumat tambahan – Suspek mengekori saya sehingga dia keluar simpang masuk ke kawasan perumahan Bandar Kinrara 3

Saya tahu mungkin ada beberapa pemandu yang lain terkena dengan kes orang yang lalu tol secara percuma.
Pihak berkuasa perlu ada kesedaran tentang perkara ini kerana kita yang bayar, dia pula dapat benda percuma.

Sekian.
Lebuhraya Damansara -PuchongLDP Highway Plaza Tol SunwayPDRMBalai Polis Bandar Sunway. Ibu Pejabat Balai Polis Subang JayaBalai Polis Puchong Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) Siakap KeliHimpunan Cerita Lawak PenMerahdotcom

Sumber: Zieqry Idraaqie

Nur Farra