Siakap Keli

Minyak Turun 27 Sen Bermula Tengah Malam Ini

Sebelum ini kerajaan dalam satu kenyataan media memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan itu didatangkan dengan penetapan harga siling iaitu RM2.20 bagi petrol RON95 dan RM 2.18 bagi diesel. Ini bermakna jika harga minyak dunia melambung tinggi, pengguna akan menikmati RON95 pada harga RM2.20 dan diesel pada harga RM2.18.

Sebaliknya, jika berlaku penurun pada harga minyak mentah dunia, harga RON95 dan diesel akan diselaraskan mengikut Automatic Pricing Mechanism (APM) setiap minggu yang bermakna pengguna akan menikmati harga petrol dan diesel yang lebih rendah dengan lebih cepat.

Terbaru, Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan harga runcit secara mingguan mulai Januari dengan harga minyak RON 97 diturunkan kepada RM2.23 seliter iaitu sebanyak 27 sen, RON 95 kepadaRM1.93 iaitu turun sebanyak 27 sen dan diesel kepada RM2.04 iaitu turun sebanyak 14 sen.

Nur Farra