Siakap Keli

Nak Ibu Pulang Awal Berehat Di Rumah, Tindakan Budak Lelaki Tolong Ibunya Seorang Tukang Sapu Buat Netizen Sebak

Seorang budak lelaki berumur 11 tahun membuatkan netizen di China sebak selepas beberapa keping gambarnya yang sedang membantu ibunya yang berkerja sebagai tukang sapu sampah tersebar di laman sosial.

Kanak-kanak itu dipercayai sering membantu ibunya menyapu sampah di jalan kerana mahu ibunya pulang awal dan berehat di rumah.

 

Gambar Long Guotao, 11, di ambil oleh beberapa pejalan kaki di kawasan ibunya bekerja yang merasa kagum dan terharu melihat tindakan kanak-kanak itu menyapu jalan sementara ibunya duduk berehat seketika di anak tangga.

Ketika ditemu ramah, ibu Guotao mengatakan bahawa dia sememangnya anak yang bertanggungjawab dan sering membantu keluarga.

“Saya keluar bekerja pukul 5 pagi setiap hari dan akan pulang pada lewat malam. Guotao akan datang ke kawasan saya bekerja untuk membantu menyiapkan kerja saya dengan cepat kerana dia mahu saya pulang awal ke rumah dan menemaninya. 

Tambahnya lagi, Guotao sering menyiapkan makanan  pada hujung minggu sebelum keluar menghantar kepadanya.

“Pada setiap hujung minggu, Guotao akan membekalkan makanan kepada saya dan membantu membuang sampah-sarap sebelum dia pulang,” ujarnya ibunya yang berusia 46 tahun.

Image result for Long Guotao helping mother

Meskipun ibunya bersyukur memiliki anak yang memahami, namun jauh di sudut hatinya dia sedih kerana anak lelakinya itu menjadi dewasa sebelum usia dan kurang menumpukan perhatian terhadap pelajarannya berikutan ingin membantu ibunya.

Sikap gemar membantu Guotao bukan sahaja dapat dilihat apabila di tempat kerja ibunya tetapi di rumah juga dia dipercayai terdidik menjadi anak yang rajin serta pembersih di mana dia akan memastikan rumahnya terjaga dengan baik.

Sumber: South China Morning Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar