Siakap Keli
Gambar : Independent

10 ‘Waterfront’ Terbaik Dalam Dunia, Tak Sangka Satu Di Malaysia Tersenarai

Shibuya Stream, Tokyo, Japan

Shibuya Stream mungkin menjadi tarikan baru bagi warga Tokyo untuk meluangkan masa dari kesibukan kerja. Dibina bersebelahan  Sungai Shibuya, ianya merupakan antara kawasan pembangunan urban dalam bandar Tokyo.

Dibuka sejak September 2018 lalu, Shibuya Stream menawarkan pelbagai pilihan kafe, kedai dan restoran yang hebat. Kawasan terbuka ini juga menjadi tempat berlangsungnya acara seperti konsert dan pesta.

Mungkin anda mahu mencuba menghirup kopi di tengah kepadatan bandar Tokyo sambil menikmati cahaya lampu dan air sungai yang mengalir?

Holzmarkt, Berlin, Germany

Digambarkan sebagai sebuah perkampungan bandar, Holzmarkt yang bewarna-warni ini dirasmikan pada tahun 2017. Kawasan kejiranan ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bar, kafe, studo, yoga, kelab dan restoran makan malam.

Selain melawat kawasan ini, pelancong yang datang juga boleh mencuba mengasah kemahiran kerja kayu mereka secara percuma di bengkel yang terdapat di situ.

Gambar : allesGerman/berliner-zeitung.de
Gambar : Instagram iheartberlin

Tampa Riverwalk, Florida, US

Laluan jambatan sepanjang 2.6 kilometer di tepi sungai ini merupakan tempat terbaik untuk beriadah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya berbasikal atau berjogging sambil melihat keindahan tasik dan taman di sekeliling yang dipenuhi air pancut.

Gambar : booking.com
Gambar : Independent

Seaport District, New York, US

Dilancarkan pada awal tahun ini, Seaport District umpama ruang ‘oksigen’ kepada penduduk di Lower Manhattan. Di kawasan bumbung yang terbuka, anda akan melihat pemandangan bandar yang menakjubkan. Terdapat juga restoran, bar dan butik yang hebat serta ruang untuk konsert dan teater.

Gambar : Independent

Elizabeth Quay, Perth, Australia

Pembangunan di Elizabeth Quay bermula pada tahun 2016 dan akan selesai sepenuhnya pada tahun 2020. Berjuta-juta bilion telah diperuntukkan untuk projek ini yang dibina di tebing Sungai Swan.

Tempat hiburan, bar, restoran berada dalam satu kawasan. Terdapat juga terminal feri baru dan jambatan pejalan kaki yang indah dibina di di situ.

Gambar : Independent

Clarke Quay, Singapore

Dulunya kawasan ini pernah menjadi tempat kapal kargo berlabuh di sungai di Singapura. Namun hari ini, Clarke Quay menjadi salah satu tempat paling maju dengan bar yang hebat dan tarikan pada waktu malamnya yang menggamit kedatangan pelancong.

Sekiaranya anda melancong ke sini, jangan lupa mengambil gambar di bersebelahan Merlion iaitu separuh ikan dan separuh singa yang menjadi maskot kepada negara Singapura.

Gambar : Independent

Charoen Krung, Bangkok, Thailand

Pelbagai kedai dan restoran dibuka di tepi Sungai Chao Phraya ini. Antara tempat-tempat popular termasuklah Galeri ATTA, Littel Market dan sebagainya.

River of Life, Kuala Lumpur, Malaysia

KLCC (Pusat Bandaraya Kuala Lumpur) di negara ini merupakan salah satu yang tersenarai dalam 10 waterfront terbaik dunia. Kawasan yang berwarna-warni di KL ini berada di tebing Sungai Klang, salah satu projek pemulihan sungai bandar yang paling mahal pernah dilakukan.

Namun semuanya behasil apabila kawasan ini menarik kehadiran pelancong dengan kafe tepi sungai, air pancut berteknologi tinggi, laluan basikal dan cahaya malamnya yang menukar air pada warna yang sangat menakjubkan.

Sugar Beach, Toronto, Canada

Sugar Beach pada mulanya merupakan tempat letak kereta sehingga projek pembangunan semula mengubahnya menjadi pantai bandar. Semasa musim panas, penduduk tempatan berkumpul di sini untuk acara Sail-In Cinema, melihat skrin yang berada di tepi pantai sambil menghirup udara segar.

Sumber : Independent

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.