Siakap Keli

”Air Mata Aku Bergenang, Betapa Hinanya Kami Di Mata Mereka,” Luahan Jururawat Terkilan Dengan Perbuatan Pesakit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tugas sebagai jururawat bukanlah tugas yang mudah. Pelbagi cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang menggalas pekerjaan ini terutamanya dalam berdepan dengan kerenah pesakit dan ahli keluarga mereka.

Seorang jururawat tampil berkongsi pengalaman berhadapan dengan keluarga pesakit yang menyindir tugas mereka. Bukan sahaja mengeluarkan kata-kata yang menghiris perasaan, malah mereka langsung tidak memahami situasi hospital yang kekurangan kakitangan.

Terasa diperlakukan sebagai seorang hamba, jururawat berkenaan diminta menolong pesakit menguruskan diri yang rupanya boleh berdikari tanpa bantuan. Ikuti luahannya seperti di bawah ini.

Allahu.. Harini bekerja double shift lagi balik hantar patient semalam lebih kurang 12.30 malam pecut motor balik rumah sampai dalam pukul 1 pagi..

Penat punya pasal tertidur hingga kan tak mandi.. pagi tadi terbangun tengok-tengok luar tingkap suasana dah cerah tapi masih belum terlewat.. siap-siap macam lipas kudung terus pecut motor pergi kerja..

Cabaran kat tempat kerja kena kerja 3 orang je, dua-dua bini orang, dua-dua perempuan dan seorang mengandung..

Sampai terus ambil report, tak sempat buat report terus pergi buat bed making, siap-siap bed making.. terus berlari buat kerja hakiki..etc buat bp, bagi susu, bagi ubat, sedut kahak.. tapi bahagi-bahagi la kerja 3 orang..

Akibat tenaga kerja kurang dengan bilangan pesakit, sampai kan round pakar kami masih lagi dengan kerja hakiki..

Nak dijadikan cerita 1 patient balik dari buat CECT.. dengan dijaga oleh 3 orang relative walaupun sudah ditegur dengan berhemah tetap berkeras tak nak bagi kerjasama yang mana hanya 1 relative sahaja dibenarkan menunggu..

Apabila pesakit sampai di katil, remaja umur lingkungan 18 tahun.. rakan sekerja yang mengandung menyapa, nanti pergi mandi tahu, ni baju..tapi disahut oleh relative yang menjaga.. aik bukan kerja nurse ke mandikan pesakit semua ni.??

Dijawab balik oleh nurse berkenaan, pesakit yang sihat, boleh berjalan ke tandas kena buat sendiri dan sekiranya ada relative dia boleh temankan..

Sedang aku masih lagi melakukan pemberian susu kepada pesakit bed ridden, segera selesaikan kerja dan bergegas ke tempat kejadian, tanpa banyak soal aku off kan CBD dan ivd bagi memudahkan lagi pergerakan pesakit tersebut..tapi takberhenti di situ.

Relative terbabit masih lagi tidak berpuas hati dan masih menyindir.. Korang ada baju lebih tak? Baik bagi kitaorang pakai biar kitorang jadi staff tambahan.. tak habis di situ dia masih lagi menambah baik tak payah jadi nurse kalau tak buat kerja..

Aku menjawab, kan saya dah cakap tadi, yang menjaga seorang je kan? Kalau awak sampai 3 orang tak boleh nak bawa dia ke tandas baik awak tak payah jaga.. saya cakap awak tak nak dengar.. tak berpuas hati mereka dengan nada marah kata aku meninggikan suara.. sampai membuat ugutan, nak siku kepala katanya..

Iye.. aku bukan penyabar dan aku membalas.. kalau awak nak siku awak siku je la.. dan tanpa membuang masa aku tegaskan balik supaya seorang sahaja yang tunggu.. namun ketiga-tiganya pergi meninggalkan pesakit terkontang kanting..

Tanpa banyak bicara, aku suakan pesakit tersebut dengan whealchair dan terus ke tandas untuk mandikan pesakit.. molek sampai ke tandas.. dengan elok nya pesakit tersebut kencing berdiri dan mandi seperti biasa..

Nampak tak betapa hina dan hamba nya seorang jururawat di mata masyarakat.. air mata bergenang, tanpa aku layan kan terus aku lap badan pesakit tersebut dan pakai kan baju laju aku menolak kerusi roda ke katil pesakit kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan aku kena kejar round doktor tapi pesakit aku incharge dah terlepas pun round nya..

Tak meninggalkan pesakit tu begitu saja aku tarik cardiac table dan suakan dia makanan untuk dia makan.. lalu berlalu aku dari situ melakukan kerja-kerja lain..dengan hati yang terluka tetap memberikan senyuman untuk pesakit-pesakit lain..

Sumber : Shahrieyl Yatim

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.