Siakap Keli
Gambar : Bernama

Positif Dadah, Anak Menteri Antara Dua Ditahan Di Pusat Hiburan

Anak seorang menteri adalah antara dua lelaki yang ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan, di ibu negara tengah malam tadi.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 33 tahun apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Ops Pusat Hiburan Bersepadu itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Seramai 101 individu diperiksa terdiri daripada 55 wanita dan 46 lelaki.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.