Siakap Keli

Sebak, Anak Tunggalku Yang Dilahirkan Normal, Kini Terbaring Di Toto Lusuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap manusia pastinya diuji dengan pelbagai ujian dalam hidup ini. Salah-satunya diuji dengan kesusahan hidup. Ini adalah realiti kehidupan yang harus diterima. Tetapi apa yang menimpa keluarga ini membuatkan hati kami menjadi sayu.

Kehidupan yang daif pada mulanya diharap mungkin akan berubah dengan kelahiran Amar yang menjadi harapan mereka. Namun siapa sangka, anak yang dilahirkan normal kini hanya mampu terbaring lemah di toto lusuh kerana menghidap penyakit cerebral palsy di usia 9 bulan.

Umpama sudah jatuh dtimpa tangga, suami yang hanya bekerja sebagai penoreh getah manakan mampu menyara isteri dan anak yang memerlukan penjagaan rapi.

Lebih menyedihkan, rumah tempat mereka berteduh mengudang hiba mereka yang melihat. Usah katakan kelengkapan asas, tempat tidur yang selesa juga tidak mampu disediakan. Hanya tilam dan bantal yang sudah uzur menjadi tempat tidur anak ini dan ibu ayahnya.

Ikuti luahan Puan Natipah Abu seperti di bawah, sukarelawan yang aktif membantu mereka yang hidup dalam kepompong kemiskinan. Sebak!

AHMAD AMMAR BIN IBRAHIM -4 THN ( CEREBRAL PALSY )

Kita kata kita susah . Hakikatnya di luar sana ada lagi yang lebih susah dari kita. Inilah realiti kehidupan. Menitik air mata saat pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah anak syurga ini.

Dua bidang tikar lusuh menyambut kedatangan kami. Halkum bagaikan tersumbat untuk terus melontarkan soalan demi soalan seperti lazimnya. Rasanya … inilah antara anak syurga yang paling dhaif pernah diziarahi setakat ini. Melihatkan keadaan dari luar rumah batu yang di sewa dengan harga RM200 ini , nampak biasa saja.

Gambar : FB Natipah Abu

Tetapi bila melangkah ke dalam… spontan hati berbisik .. “ Ya Allah .. kesiannya “ Lihatlah tempat tidur anak syurga ini .. hanya beralaskan sehelai toto dengan bantal yang sangat lusuh. Tiada tilam yang selesa untuk dia pun.  “ Nak tak kita beli katil khas untuk dia, macam katil hospital tu ? “ Terasa ingin sekali memberikan keselesaan buatnya yang hanya mampu terlantar.

Ayahnya , Ibrahim bin Abdul ( 52 thn ) hanyalah seorang penoreh getah , pawah. Tetapi jawapan si ibu ini ada benarnya … “ Tak payahlah Kak Pah. Anak saya tak mau renggang langsung dari saya. Saya nak kena tidur sebelah dia. Kalau katil tu .. mana muat … “

Sedih … ”Apa ni?” Kak Pah bertanya bila melihat ada gumpalan kain di hujung bantal. berharap jawapannya biarlah kain buruk tapi… ”baju dia.. senang baju tu lubang-lubang, tak panas.” – FB Natipah Abu

Sepanjang di kami berada di rumahnya .. Ammar asyik menangis kerana enggan berenggang sedikit pun dengan ibunya , Maszelina Binti Othman ( 39 thn ). Kasihan ibu… tercungap nafas menampung berat badan anaknya. 

Di saat anak kita yang lain bermewah dengan berbagai jenis alat permainan yang canggih…. Ammar hanya ada sebilah batang buluh sebagai mainan. Batang buluh itu diketuk perlahan di lantai untuk mengeluarkan bunyi atau bila dia tidur di dalam buaian… buluh itu diketuk pula ke besi buaian. Bunyi yang dihasilkan itu menyebabkan anak ini diam.

Menjeling ke dalam bilik tidur… hanya ada sehelai toto lusuh terbentang di atas lantai buat mengalas belakang. Tiada peti sejuk atau lain-lain perhiasan pun dalam rumah ini. Yang ada hanya sebuah peti tv kecil lama yang di sedekahkan orang dan sebuah jam dinding.

Gambar : FB Natipah Abu

Kelihatan di satu sudut rumah pula sebuah stroller usang … yang mungkin juga disedekahkan orang tetapi sudah tidak muat lagi untuk anak ini. Terasa untungnya ibu bapa anak syurga lain di luar sana yang sekurang-kurangnya masih mampu selesa makan tidurnya. Masih ada kereta ibu ayahnya. Masih ada wasap ibu-ayah sehingga dengan mudahnya memuat naik status meminta bantuan untuk anak mereka. 

Tapi anak syurga ini, tiada semua itu. Tiada tempat tidur yang selesa pun. Makan minum entah bagaimana. Tiada juga telefon canggih. Berulang alik ke hospital pun dengan teksi saja.

Anak tunggal pasangan ini, lahirnya normal .. namun ketika usia 9 bulan .. segalanya berubah bila dia diserang demam panas dan disusuli dengan sawan. Ibu yang ketika itu bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di sini akhirnya terpaksa berhenti kerja kerana terpaksa keluar masuk hospital merawat dia yang disahkan jangkitan kuman. 2016 … dua kali darah beku disedut keluar dari kepalanya. 

Gambar : FB Natipah Abu

Akhir sekali… 2 April 2018 … anak ini ada menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya. Kesembuhan yang diharapkan belum menampakkan tandanya. Namun buat si ibu .. dia tetap redha menerima segala yang telah ditakdirkan. Selain susu Ammar diberi makan “ roti empat segi “ atau biskut yang direndam dengan air.

”Saya tak mau duit, saya hanya nak susu dan pampers untuk anak saya.. Biarlah saya susah.. tak apa.. asal susu anak tak putus.”

Keluarga ini ada menerima wang bantuan JKM… dengan wang itulah ibu mencatu segala keperluan kerana berapa lah sangat pendapatan suami. Kita di sini, akan menyumbang bekalan susu dan lampin pakai buang utk anak ini setiap bulan. Berapa lama.. bergantung kepada jumlah sumbangan yang kita terima.

Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini … Ibu Ammar boleh dihubungi di nombor 013 459 4253.

Sumber : Natipah Abu

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.