Siakap Keli

”Abang Tawakal Je Dik,” Demi Ayah Sakit, Lelaki Sanggup Jalan Kaki Sebab Ada RM2 Je Dalam Poket

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai di luar sana terpaksa bergelut dengan ujian dalam kehidupan. Ada yang diuji dengan kesusahan hidup hinggakan tiada pilihan lain selain berserah dan bertawakal kepada Allah.

Begitu apa yang dilalui oleh seorang lelaki yang hanya mempunyai wang RM2 untuk pulang ke kampung dek kerana kesempitan hidup. Dia yang baru bekerja di ibu kota itu, dikatakan sedang berjalan kaki untuk pulang ke Kelantan dari ibu kota kerana tiada pilihan lain demi ayahnya yang sedang sakit.

Namun, begitulah kuasa Tuhan yang menemukan lelaki ini dengan seorang pemuda baik hati. Dia dan rakan-rakannya menghulurkan sedikit sumbangan supaya lelaki tersebut dapat pulang ke kampung dalam keadaan selamat.

Assalamualaikum… Harini cerita sedih sikit ..

Kisahnya harini aku ride nk pegi chenor .. Tujuannya nk pergi hantar motor. So aku suruh kawan aku bawak kereta sebijik follow belakang .. Jadi jumpa laa abg ni dekat tol gombak dia jalan kaki .. Aku masatu tunggu kawan aku yang naik kereta ni kat BHP gombak..

Dia ni org kelantan lah. Masa aku tengah tunggu kawan aku tuh dia tengok plat moto aku “D” jadi dia tahu la aku ni pun kelantan so tak malu la dia nk tegur kan.. Dia nak pinjam fon nak call bini dia aku bagi laa tapi bini dia tak angkat .. Lepastu dia mesej..

Gambar : FB Danial Hasif

Aku tanya dia nak pergi mana ? Dia cakap nak balik kelantan sebab ayah dia sakit .. Lepastu aku cakap la takkan jalan kaki kot bang? Dia ckp dia tawakal je mana tahu boleh tumpang lori/bas yang nk ke kelantan jugk..

Dia pun mula laa cerita kisah hidup dia ni. Dia dulu maritim. Tapi pencen awal sebab kena santau masa kerja dekat sarawak dulu.. Dia ada tunjuk ic dengan kat pesara dia kat aku.. Sebab dia takut aku tak percaya.. Aku cakap kat dia kenapa abe tak naik bas ? Dia cakap duit ada RM2 je sebab baru sebulan duk KL kerja pun tak dapat lagi..

Masa dia nak teruskan jalan kaki tu aku suruh dia naik dengan kawan aku. Aku hantar dia sampai bentong je sebab aku nak pegi arah lain. Kami hulur sedikit sumbangan dapatlah buat makan dengan tumpang bas sampai kelantan. Dia ni orang lati pasir mas.. Sekian.. Dalam kita susah ada lagi yang susah ingat tu geng.

(UPDATE – Abang tersebut sudah selamat sampai ke kampungnya)

Sumber : Danial Hasif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.