Siakap Keli
CNA Insider

(Video) Kisah Abang Jack Si Penjaga Parkir Yang Membina Sekolah Sendiri Kerana Mahu Kanak-Kanak Miskin Ada Peluang Belajar

Kerana kesusahan hidup, Undang Suryaman, 42, terpaksa melupakan alam persekolahannya suatu ketika dahulu. Tetapi kini, lelaki yang hampir separuh abad usianya ini bertekad mahu memastikan semua kanak-kanak yang lahir daripada keluarga miskin mempunya peluang untuk belajar, sesuatu yang tidak mampu dimilikinya suatu ketika dahulu.

Ketika mengimbas kembali kehidupan lampaunya di Tahun 6, cita-cita Undang hanyalah mahu belajar, melanjutkan pengajian daripada bangku sekolah rendah ke sekolah menengah dan mungkin satu hari nanti hingga ke universiti.

Tetapi disebabkan kesusahan, Undang diminta secara baik oleh keluarganya untuk berhenti dan mencari pekerjaan sejak kecil lagi. Bagi keluarga Undang, pendidikan ketika itu adalah sesuatu yang mewah dan selayaknya untuk orang kaya sahaja.

CNA Insider

”Saya mempunyai cita-cita, tetapi saya lahir daripada keluarga yang tidak mampu,” katanya kepada CNA Insider.

Biarpun gagal menamatkan pelajaran di peringkat awal, Undang tetap ‘berjaya’ menjejakkan kaki ke Universitas Padjadjaran, salah sebuah unversiti terkemuka di Indonesia. Cumanya, dia hadir bukan sebagai pelajar sebaliknya sebagai seorang pekerja bawahan.

Berusia 19 tahun ketika itu, rutin harian Undang adalah menjadi penjaga tempat letak kereta bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Undang tidak melepaskan peluang tersebut kerana di situ dia yakin, dia mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik sekaligus mampu membantu memperbaiki taraf hidupnya.

Dengan upah setiap parkir bernilai 45 sen ketika itu, Undang memberitahu dia cukup gembira kerana mempunyai peluang untuk berdamping dengan pelajar-pelajar berpendidikan tinggi. Undang turut membiarkan pelajar yang tidak berkemampuan untuk meletakkan kenderaan secara percuma.

CNA Insider

Undang kemudian mula berkawan dengan pelajar-pelajar universiti yang sebaya dengannya dan dia menyedari bahawa terdapat perbezaan diantara pelajar universiti dengan dirinya.

”Orang seperti saya (tiada pendidikan tinggi) suka berfikiran singkat dan hanya menumpukan pada diri sendiri. Jika saya cukup duit untuk makan, maka saya sudah merasa cukup. Itu saja.

”Tetapi mereka yang mempunyai pendidikan berfikir lebih jauh. Mereka sentiasa mencari jalan bagaimana mahu berubah dan memiliki masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.

Apabila Undang dan isterinya, Yani, 37, pertama kali mengemukan idea kepada komuniti setempat bahawa mereka mahu mendirikan sebuah sekolah untuk kanak-kanak miskin, mereka diherdik kerana tak mungkin orang miskin seperti mereka mampu membantu si miskin yang lain.

”Ada dalam kalangan mereka berkata, ”Bagaimana kamu mahu membantu kanak-kanak ini, sedangkan kamu sendiri pun memerlukan bantuan”,” kata Undang.

CNA Insider

Namun bagi Undang, pengalamannya selama dua dekad berdamping dengan pelajar universiti, dia tahu dia harus melakukan sesuatu demi masa depan 4 anaknya dan beratus-ratus lagi kanak-kanak di kampungnya di Jawa Barat.

Setiap hari dia melihat dua realiti kehidupan, realiti di kampung halaman dan realiti di tempat kerja. Di kampung, mereka sekeluarga dan orang-orang kampung dibelenggu dengan kemiskinan dan tidak berpelajaran sedangkan di tempat kerjanya, rakan-rakan sebaya terus mengejar kejayaan dan pendidikan tinggi.

Dari situlah Undang menanam azam, biar apapun kata orang di sekeliling, dia tetap mahu membangunkan sebuah sekolah. Satu-satunya cara orang kampung mahu berlawan dengan kemiskinan adalah dengan bersenjatakan ilmu dan pendidikan.

CNA Insider

”Mereka perlu terus belajar, tidak kira apapun yang terjadi. Demi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Berkongsia azam yang sama, Yani menyokong hasrat suaminya itu kerana suatu ketika, dia bercita-cita mahu menjadi seorang guru, mengubah masa depan keluarganya sendiri dan membantu mendidik anak-anak orang lain.

Tidak lama kemudian, pasangan ini mendirikan sebuah pusat asuhan yang dikenali sebagai,  Taman Asuhan Nabilatul Husna. Pusat itu terus berkembang daripada beroperasi dimasjid sehinggalah beralih ke rumah mereka. Pelajar yang semakin bertambah membuatkan ruang rumah mereka semakin hari semakin sempit.

Awal pagi, pusat ini menyediakan pendidikan awal kanak-kanak, manakala di siang hari, mereka memberi peluang pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah pula untuk hadir dan belajar. Kebanyakkan subjek memberikan tumpuan kepada pendidikan agama.

Kata Undang, dia berhajat untuk membesarkan operasi iaitu menawarkan pendidikan di peringkat menengah, namun kekangan modal dan tiada lesen operasi yang sah sedikit sebanyak membantutkan hajatnya ketika ini.

CNA Insider

Apa yang membuatkan Taman Asuhan Nabilatul Husna ini unik adalah Undang dan Yani menyerahkan kepada budi bicara ibu bapa setiap pelajar untuk membayar yuran pengajian, mengikut kemampuan masing-masing.

”Bagi mereka yang benar-benar miskin, mereka boleh kesini dan belajar secara percuma. Kami tetap bertekad untuk menyediakan pendidikan yang sempurna, sama seperti yang ditawarkan di sekolah-sekolah yang lebih hebat,” kata Yani pula.

Kisah perjuangan pasangan suami isteri ini nyata disanjung masyarakat setempat dan turut mendapat perhatian seleberiti terkemuka Indonesia, Dewi Lestari.

”Rami orang mempunyai cita-cita mahu mengubah dunia, tetapi ramai juga yang berputus asa kerana tidak berani. Mereka fikir, usaha mereka adalah kecil dan tiada erti.

”Kadang-kadang, apa yang kita perlukan hanyalah sedikit kesungguhan, seperti Undang dan Yani,” katanya.

CNA Insider

Ketika ini, taman asuhan yang dibangunkan oleh Undang menerima pelajar sekitar 200 orang. Biarpun masih ramai yang mahu belajar di situ, Undang dan Yani terpaksa menolak secara baik kerana tiada ruang lagi.

Setiap bulan, Undang dan Yani membelanjakan sekitar RM 1,738 untuk meneruskan operasi pusat tersebut. Bagi membolehkan ramai pelajar tidak tercicir, Undang bertekad membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuat lot bangunan bertingkat secara berperingkat.

Tingkat pertama bangunan berjaya disiapkan pada Jun lalu, yang menempatkan bilik darjah. Pembinaan tingkat kedua bangunan tersebut akan diteruskan apabila mempunyai dana yang mencukupi. Sumber utama Undang ketika membangun bangunan tersebut hadir melalui sumbangan orang ramai dalam komuniti setempat dan rakan-rakan yang dikenalinya di universiti, tempat kerjanya.

Mendapat perhatian media, ujar Undang ia bukanlah sesuatu yang baik secara sepenuhnya.

CNA Insider

”Orang ramai fikir apabila media datang ke sini, kami mendapat banyak sumbangan dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Itu langsung tidak betul,” kata Undang yang mengakui setiap bulan perlu mengeluarkan duit sendiri untuk meneruskan operasi.

Undang yang meneruskan tugas hariannya sebagai penjaga parkir memperoleh pendapatan sekitar RM 700 sebulan. Kata Undang, kerana dia terlalu menumpukan kepada usaha memberikan pendidikan kepada penduduk setempat, kadang-kala dia kehabisan wang dan perlu berkompromi dengan pendidikan anak-anaknya sendiri.

”Setiap apa yang dilakukan, pasti ada risiko tersendiri. Untuk membina sekolah sendiri, saya sedar ada keperluan peribadi yang terpaksa dikorbankan, tetapi itulah hakikat kehidupan sebenar.

”Kehidupan bukan mengenai diri kamu dan keluarga kamu semata-mata. Kehidupan juga bermaksud mengambil berat kebajikkan orang lain.

”Saya yakin, hari ini mungkin saya tidak mempunyai apa-apa kerana perlu berkorban segalanya. Tetapi nanti di sana, pasti ada kebaikkannya untuk saya,” kata Undang lagi.

Kadang-kala, apabila tidak mempunyai dana yang cukup, Undang dan Yanti terpaksa tebal muka memaklumkan kepada tenaga pengajar bahawa gaji mereka akan dijelaskan pada bulan seterusnya. Mujurlah, semua yang terlibat memahami usaha murni suami isteri ini.

Kkata Sofi Sri Sundari, salah seorang bapa pelajar.

Saksikan video di bawah untuk mengetahu kisah lanjut Undang yang mesra disapa sebagai Abang Jack.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=OFFFwKt61pY]

 

Sumber: CNA Insider

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.