Siakap Keli

(Video)Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin Kerana Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru

Memang kita pernah mendengar kisah kecuaian doktor atau jururawat di luar negara sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada pesakit yang sedang dirawatmya. Namun apa yang berlaku di sebuah hospital di Guatemala ini memang sesuatu yang sangat mengejutkan dan kami sendiri pun tidak tahu sama ada ini disebabkan kecuaian ataupun sebaliknya.

Ini disebabkan baru-baru ini tular sebuah video di media sosial di negara tersebut yang menunjukkan seorang doktor dan beberapa orang jururawat sedang meraikan sambutan tahun baru sambil membiarkan seorang wanita yang sedang bertarung nyawa melahirkan bayi secara sendirian.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Hospital Roosevelt. Berdasarkan video yang tular tersebut, wanita berkenaan terbaring dan tidak bermaya di meja bedah sambil dikelilingi oleh doktor dan jururawat yang sedang bergembira. Dapat dilihat dengan jelas bahawa petugas-petugas kesihatan ini tidak menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Berbanding memberi tumpuan kepada wanita tersebut, mereka dilihat mengenakan topi perayaan dan membuat pengiraan ambang tahun baru. Suasana ketika itu seolah-olah di sebuah parti, bukannya di dewan pembedahan.

Lebih menyedihkan, wanita berkenaan berada dalam keadaan kesakitan yang boleh dilihat daripada riak wajahnya yang turut terakam di dalam kamera. Malah, ada juga yang mendakwa bahawa wanita berkenaan turut pengsan ketika kejadian tersebut berlaku.

Sebuah portal antarabangsa juga melaporkan bahawa wanita berkenaan hampir melahirkan bayi namun perutnya ditekan kerana doktor mahu menunggu ketibaan tahun baru terlebih dahulu. Sebaik sahaja jam melepasi pukul 12 malam tahun baru, barulah doktor membantu menarik keluar bayi berkenaan sebelum meneruskan perayaan tahun baru.

Apa yang mengejutkan adalah doktor tidak melakukan rutin seperti biasa, sebaliknya membiarkan bayi tersebut buat seketika tampa menggunting pun tali pusatnya. Sebaik sahaja klip video berkenaan dimuat naik ke media sosial, ia pantas menarik respon netizen yang menggelarkannya sebagai ‘mediacal violence’.

Malah ada netizen yang berpendapat bahawa tindakan doktor tersebut langsung tidak beretika dan boleh meletakkan nyawa siibu dan bayi yang dikandungnya dalam bahaya serta membawa maut.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang pengesahan tindakan yang bakal dihadapi oleh doktor dan juruarawat-jururawat tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=PtvT-XB7q-s]

 

Sumber: Feedy Tv

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.