Siakap Keli

Apa Nak Buat Kalau Anak Liat Bangun Pagi? Ikuti Lima Saranan Mudah Yang Dikongsi Lelaki Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Musim persekolahan telahpun bermula dan kesemua ibu bapa dan penjaga yang memiliki anak bersekolah pasti mula sibuk menguruskan anak-anak yang bersekolah pada sesi pagi mahupun petang.

Setelah lama bercuti dan ada diantara mereka yang bebas bangun lewat semestinya akan menyukarkan keadaan terutamanya anak-anak yang bersekolah sesi pagi harus bangun pada awal pagi.

Pastinya setiap pagi akan terjadinya drama airmata oleh anak-anak yang liat bangun pagi sampaikan boleh terlambat ke sekolah ataupun ke tempat kerja.

Semestinya ramai ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah sebegini sehingga buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan tips untu menangani sikap anak liat nak bangun pagi yang dikongsi oleh saudara Mohd Fhais di laman Facebooknya.

Ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Image result for waking up children

ANAK LIAT NAK BANGUN PAGI

Alahai.. biasalah budak-budak. Memang susah nak bangun pagi. Diorang dah biasa dari bayi lagi, kita (mak ayah) bangun pagi senyap senyap takut bising nanti anak terbangun. Masa hantar kat pengasuh pun anak masih tidur lagi.

Memang meroyan la budak tu bila tak biasa bangun pagi, tiba-tiba kita paksa bangun awal pagi. Huru hara dibuatnya, melalak macam kena pukul!

Relax, kita semua senasib!

Dulu annur rania pun liat bangun pagi. Kejut cara baik pun melalak, kejut guna rotan pun melalak. Hari-hari lambat sampai kerja. 

Tu dulu..

Sekarang rania dah ‘improve’, bangun pagi tak melalak dah. Senyum je. Dah pandai mandi sendiri. Senang kerja mama papa.

Image result for child refuse to wake up early

Trick dia macam ni sebenarnya:

1. Pastikan waktu tidur anak tu betul cukup. Kanak-kanak perlukan sekurangnya tidur 10 jam sehari. Macam rania saya pastikan dia tidur waktu tengahari dan malam. Kalau ‘miss’ tidur tengahari malam tu mesti meragam.

2. Keperluan fisiologi anak mesti dipenuhi. Makan, minum, bermain dan perhatian ini antara keperluan fisiologi kanak-kanak. Kurang je salah satu tidur malam jadi tak lena. Itu punca anak ngantuk walaupun dah tidur 10 jam.

3. Tidurkan anak dalam keadaan emosi yang tenang. Sebelum nak tidurkan anak elakkan situasi marah atau terlalu gelak ketawa. Kerana ini hanya akan membuat mata anak segar. Bila emosi tak tenang hormon stress akan menyerang. Alamatnya kena tunggu reda baru boleh lelap mata tu.

Image result for put children to sleep

4. Suasana bilik tidur mesti selesa dan menenangkan. Kurangkan perabot dalam bilik sebab perabot ni hanya akan buat suasana bilik rasa sempit. Bila tempat tidur selesa nak tidur pun senang.

5. Bila tidur dah cukup, nyenyak dan selesa, baru kita boleh kejut anak bangun dengan senang. Cara saya kejut :

> Bangun lebih awal 30 minit
>> Buka lampu dalam bilik
>> Buat bising macam kemas katil, lipat selimut
>> Cubaan kejut kali pertama guna suara dominan “annur rania bangun dah pagi” ( sebut 3 kali )
>> Tunggu 1 minit
>> Kalau tak bangun terus angkat, gosok belakang dada sambil bisik, rania bangun ye dah pagi
>> Terus bawa bilik air, mandi terus.

Related image

Masa awal awal dulu susah juga. Dah angkat masuk bilik air dia lari balik naik atas katil. Menyirap je kena dukung sekali lagi.

Tapi apa boleh buat sabar je la. Konsisten buat setiap pagi. Lama-lama nanti anak akan jadi biasa.

Yang penting kita jangan hilang cool. Anak tak melalak jangan kita pula yang melalak. Tak baik sebab pagi kan waktu nak jemput rezeki.Sentiasa cool di awal pagi

p/s : Silakan kongsi post ini dengan orang lain juga supaya lebih ramai yang dapat manfaat.

p/s : Jom dapatkan banyak ilmu kekeluargaan & keibubapaan dalam telegram saya. Klik link di bawah untuk join,
>> t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar