Siakap Keli
Gambar Hiasan (sumber :thespruceeats)

Bukan Saja Sedap Di Makan, Rambutan Mempunyai Khasiat Penting Untuk Kecantikkan Luaran Dan Dalaman Anda

Mungkin bagi orang negara barat tidak biasa dengan buah rambutan atau dalam bahasa saintifiknya ialah ‘nephelium lappaceum’ kerana lumrahnya berasal dari negara kita. Di Barat hanya terkenal dengan lychee dan buah longan. Namun, masihkah kita tahu bahawa buah rambutan mempunyai banyak khasiat tersendiri.

Secara umumnya, kita tahu bahawa buah rambutan ini akan keluar mengikut musim. Rambutan adalah makanan yang sihat dan boleh juga sebagai pengganti yang baik untuk makanan ringan yang diproses.

Buah rambutan kaya dengan karbohidrat. Karbohidrat pada buah sangat dominanpada isinya yang lembut dan manis. Buah rambutan juga mengandungi banyak protein seperti daging ayam. Ia berfungsi untuk menghasilkan sel-sel dan menggantikan tisu yang mati.

Untuk pengetahuan anda, buah rambutan juga mempunyai banyak mineral penting yang serap dari dalam tanah seperti kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan niacin serta potasium. Selain itu, ia juga mengandungai vitamin A dan C.

Tidak kalah pentingnya, buah ini kaya dengan serat yang dapat melancarkan pencernaan. Seperti yang diperkatakan sebentar tadi, buah rambutan ini mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia. Pada kali ini, kami ingin kongsikan beberapa kebaikan buah rambutan untuk kesihatan anda.

6 Kebaikan Jika Makan Rambutan Untuk Kesihatan

  • Antioxidan yang tinggi

antioxidan membantu melawan pembentukan radikal bebas dalam badan, mencegah tekanan oksidatif dan melindungi sel-sel daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, tetapi beerapa penyelidikan juga menunjukkan bahawa antioxidan boleh memainkan peranan dalam pencegahan penyakit dan boleh mengurangkan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.

  • Meningkatkan tenaga

Karbohidrat dan protein dalam rambutan membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengelakan perut kembung. Rambutan ini juga kaya dengan air yang membantu mendapatkan kembali tenaga yang hilang dan menghilangkan dahaga.

  • Membunuh parasit

Selain faedah nutrisi, rambutan juga menawarkan fungsi teraputik. Pengambilan buah-buahan seperti ini boleh membantu untuk membunuh parasit yang ada pada usus dam membantu melegakan gejala-gejala cirit birit dan demam.

  • Melembabkan kulit

Selain daripada kesihatan dalaman, rambutan juga berfungsi untuk kulit lembut. Kandungan airnya yang tinggi dapat mwnghidratkan kulit anda, hasil daripada itu kulit anda akan sentiasa lembut dan  licin. Hal ini kerana keupayaannya menyingkirkan radikal bebas dan dapat melindungi badan nada daripada kerosakan aksidatif. Satu lagi, kerana mempunyai vitamin A, elok untuk kulit kusam.

  • Meningkatkan metabolism 

Pelbagai vitamin B yang terdapat di rambutan. Vitamin B adalah salah satu laluan untuk meningkatkan metabolik dalam badan dan membantu untuk bertenaga bertukar dari karbohidrat ke dalam tenaga yang boleh digunakan. Dengan hasil ini, badan akan akan mengekalkan tahap tenaga yang mantap sepanjang hari.

  • Rawatan masalah rambut

Mungkin ramai yang tidak tahu khasiat rambutan ini, bukan sahaja isinya tetapi daunnya juga sangat berguna untuk wanita dan lelaki yang ingin kelihatan rambut segar dan menawan. Kegunaannya sangat mudah dan tidak merumikkan kerana hanya meramskan daunnya dengan air dan lumurkan ke atas rambut selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci. Hasil yang anda dapat memperbaiki masalah rambut dan rambut berkilau.

Sumber : manfaat.co, healthpremiere, styleraze, draxe, medicaldaily

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang