Siakap Keli
CNA

Indonesia Terus Dilanda Gempa Bumi Kuat Awal Pagi Tadi

Gempa bumi berkekuatan 6.6 magnitud melanda kawasan berpantai di Indonesia awal pagi Isnin yang menyaksikan para penduduk diarahkan berpindah, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi berkenaan berpusat pada kedalaman 60 kilometer di Laut Moluka, 175 kilometer daripada utara barat laut bandar Ternate, berdasarkan laporan Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat.

Sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai jumlah kerosakkan harta benda ataupun kehilangan nyawa yang dilaporkan oleh agensi pengurusan bencana tempatan.

Beberapa gempa susulan turut dilaporkan berlaku.

Indonesia sebelum ini masih dalam proses pemulihan selepas dilanda tsunami pada Disember tahun lepas di Sumatra yang dicetuskan oleh letusan gunung berapi yang meragut 400 nyawa.

Negara terbesar di Kepulauan Nusantara itu merupakan ‘rumah’ kepada beberapa bencana alam paling ganas di dunia disebabkan kedudukannya yang berada di atas Lingkaran Api Pasifik.

Kejadian tsunami tersebut merupakan bencana mega ketiga yang dialami oleh Indonesia dalam tempoh 2018. Sebelum ini, negara republik berkenaan dilanda gempa bumi kuat di Pulau Lombok pada Julai dan gempa bumi-tsunami di Palu pada September yang meragut sekitar 2,200 nyawa.

Sumber: CNA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.