Siakap Keli

”Kami Akan Siasat”, Respon Majikan Kepada Lelaki Tinggal Komen Menghina Isu Agong Letak Jawatan

Keputusan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan Baginda sebagai Yang Dipertuan Agong XV rata-rata mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan rakyat jelata.

Pelbagai komen ditinggalkan netizen berhubung keputusan mengejut yang diumumkan semalam melalui satu kenyataan daripada Istana Negara. Bagaimanapun tindakan seorang lelaki yang meninggalkan komen berbau penghinaan terhadap Baginda Sultan Kelantan telah menimbulkan kemarahan.

Hasil ‘penyiasatan’ yang dijalankan oleh netizen akhirnya membawa kepada penededahan beberapa maklumat mengenai lelaki tersebut termasuklah maklumat mengenai majikannya iaitu Cisco ASEAN.

Penelitian kami terhadap laman facebook syarikat tersebut mendapati bahawa rata-rata netizen meminta syarikat berkenaan supaya mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

”Kami mengambil maklum mengenai isu tersebut dan sudahpun berhubung dengan pasukan kami di Malaysia. Kami berjanji untuk menyiasat perkara ini dan tindakkan sewajarnya akan diambil,” kata Cisco ASEAN dalam satu komen balas terhadap netizen.

Beberapa orang netizen turut menyebut bahawa mereka mungkin mengambil pilihan untuk meboikot produk syarikat tersebut sekiranya tiada sebarang tindakkan diambil.

Cisco ASEAN merupakan syarikat pembekal produk teknologi berkaitan internet.

Terdahulu lelaki berkenaan meninggalkan komen menghina pada perkongsian yang dibuat oleh sebuah portal berita antarabangsa.

”Terlalu sibuk berz**a dengan isteri barunya”, kata lelaki tersebut yang dipercayai merujuk kepada Baginda.

Insiden ini mengingatkan kami kepada tindakan seorang staf di sebuah syarikat pengedar kenderaan jenama Jepun yang dipecat kerana meninggalkan komen menghina terhadap kematian Mohammad Adib tahun lepas.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.