Siakap Keli

Mimpi Ngeri, Pengantin Terpaksa Beli Nasi Kosong Dan Mee Goreng, Katerer Penipu Buat Kek Guna Polisterin

Sepasang pasangan pengantin Filipina bertindak menahan pihak katering majlis perkahwinannya ekoran persediaan serta mendapat tahu apabila kek yang dipotong dibuat berasaskan polistrin.

Shine Tamayo, 26 dan pasangannya Jhon Chen, 40 telah membayar lebih RM11,000 kepada perunding perkahwinannya yang berjanji untuk menyediakan makanan dan dekorasi sekitar majlis perkahwinan mereka di Bandar Pasig, Phillipines.

Walau bagaimanapun, setibanya pasangan itu di tempat perkahwinan, mereka mula menyedari bahawa tidak ada satu pun makanan dihidangkan kepada para tetamu dan kek 2 tingkat yang di buat adalah palsu.

Pasangan tersebut kemudian terpaksa membeli sebekas nasi dan mee goreng yang dijual di sebuah restoran berdekatan untuk dibawa ke tempat resepsi perkahwinan itu.

Selain perlu berlari untuk membeli makanan, pasangan pengantin itu turut kecewa kerana terpaksa menghidangkan air anggur dan makanan ‘jalanan’ kepada tetamu.

Namun, momen tersebut tidak berakhir setakat itu apabila tiba masa mereka memotong kek 2 tingkat itu, ianya hanyalah kek diperbuat daripada gabus, dengan diselaputi gula aising.

Malu, marah, sedih dan kecewa, perasaan pengantin bercampur-baur dengan perkahwinan idaman yang dimpikan bertukar tragedi.

Perkara tersebut kemudian dibawa kepada pihak polis untuk menyiasat perancang perkahwinan yang bertanggungjawab diatas kekecohan itu.

“Perempuan yang saya bayar untuk makanan dan segala persiapan telah merosakkan perkahwinan saya.  Dia penipu! Dia sentiasa meminta saya duit dan saya akan selalu memberinya kerana percaya dia akan menjadikan perkahwinan impian saya realiti.”

“Saya takkan terima permohonan maaf daripada dia.  Minta maaf tak cukup.  Dia perlu dipenjarakan kerana merosakkan majlis itu.”

“Saya tak pernah rasa dimalukan seperti ini sepanjang hidup.  Ini sepatutya menjadi pengalaman yang terindah, namun ia adalah sebaliknya.”

Sumber: Daily Mail

 

Nur Farra