Siakap Keli
Gambar Hiasan (Sumber Dailymail)

Sindrom ‘Sleeping Beauty’ Dianggap Merompak Zaman Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Ini

Sudah pasti ramai yang pernah menonton atau mengemari cerita dongeng ”Sleeping Beauty”. Sudah bersilih berganti dari masa ke masa, ternyata ini bukan kisah dongeng sahaja tetapi memang wujud.

Ia dikenali sebagai salah satu sindrom yang misteri dan jarang berlaku pada manusia mahupun haiwan. Sindrom ini dikenali sebagai Kleine-Levin dalam bahasa kedoktoran. Apa yang dapat dibuktikan, hanya 1000 orang di seluruh dunia akan terkena sindrom ini.

Untuk pengetahuan anda, penyakit ini mempunyai kelainan di mana akan membuatkan pesakit mengalami tidur yang berhari-hari.

Sumber ; Dailymail

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun menderita oleh sindrom ini kerana ia dianggap merampas masa kanak-kanak disebabkan oleh tidur berpanjangan.

Mason Howe, dari Callington, Cornwall mempunyai sindrom ini. Mason akan tidur selama 20 jam sehari dan hanya beberapa jam sahaja bangun tetapi seakan-akan bermimpi.

Perkara ini menjadi kebimbangan ibunya, Marie Howe kerana masa kanak-kanak sudah dirampas oleh sindrom ini. Punca perkara ini tidak dikenalpasti sama ada kerana genetik atau sebagainya.

Buat pertama kalinya dia mengalami simptom ini sewaktu usia 6 tahun. Walaubagaimanapun, semangatnya ke sekolah sangatlah tinggi. Namun apakan daya, sindrom ini menghantui dirinya.

Ada seketika sewaktu di dalam kelasnya, tidak semena-mena dia tidur dengan sendirinya. Syukur, dia mempunyai rakan-rakan yang sangat memahaminya ketika sindrom itu datang.

Penyakit ini lama-kelamaan andahilang sendiri tetapi mengambil masa 8 hingga 12 tahun lamanya. Bagi pesakit yang sudah keluar daripada kepompong sindrom ini akan tidak mengingati apa yang berlaku sepanjang sindrom ini ada pada dirinya. Kehidupan mereka seperti dalam mimpi.

 

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang