Siakap Keli

“Tak Cukup Takat Minta Polis Siasat Di Media Sosial,” Lelaki Buat Laporan Polis Terhadap Individu Hina Agong

Insiden komen-komen negatif yang ditujukan terhadap pemerintah negara bukan isu baharu. Buka sahaja media sosial dan lihatlah dimana-mana sahaja kiriman yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertentu, sudah pasti ada komen jelik yang ditinggalkan oleh segelintir netizen.

Terbaru adalah komen yang ditinggalkan seorang lelaki di atas kiriman sebuah portal berita di facebook berhubung keputusan Baginda Sultan Kelantan melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong XV semalam.

Perbuatan lelaki berkenaan telah menimbulkan kemarahan netizen sehingga ada yang meminta pihak polis bertindak terhadapnya. Jadi persoalan yang timbul, cukup ke jika kita sekadar mendesak di ruang komen fb ataupun reply di twitter tetapi tidak hadir secara fizikal di mana-mana balai polis untuk buat laporan?

Jawapannya ada seperti yang dikongsikan oleh Sham Shinoda di bawah. Semoga bermanfaat.

Kita perlu melakukan perkara dengan betul, pihak polis tidak bertindak melalui komen dilaman sosial.

Berhubung isu tular fitnah Eric Liew terhadap YDPA Agong Sultan Muhammad V, aku selaku pengurus NGO Komuniti Harmoni Kita (KHK) sudah membuat laporan polis agar beliau dikenakan tindakan undang-undang dengan sewajarnya.

Kenyataan Eric Liew cukup jelas sudah melanggar Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, dimana fitnah yang dilemparkan melalui komen jelek.

Terima kasih kepada pihak polis yang menerima laporan ini dan bertindak pantas.

Semua warganegara Malaysia tidak kira agama, bangsa dan pangkat WAJIB mematuhi rukun negara. Ini adalah asas kukuhnya perpaduan sesama kita selama ini. Terusik salah satu dari rukun ini maka negara kita bakal terancam.

Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua agar berhati-hati membuat komen dilaman sosial.

Sumber: Sham Shinoda

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.