Siakap Keli

Tak Sangka Alahan Terhadap Ikan Rupanya Memudaratkan, Budak Lelaki Maut Terhidu Masakan Ikan Kod Neneknya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun rebah secara tiba-tiba  sebelum disahkan meninggal dunia selepas terhidu bau masakan ikan kod yang di rumah neneknya.

Camron Jean-Pierre memiliki alahan terhadap ikan namun pada sangkaan keluarganya, perkara itu tidak memudaratkan kesihatannya.

Camron bersama keluarganya bercuti ke rumah neneknya di Brooklyn untuk menyambut tahun baru sebelum kejadian malang itu berlaku.

Ketika mereka tiba, neneknya sedang memasak hidangan berasaskan ikan kod sebelum Camron rebah secara tiba-tiba dan mengalami sesak nafas.

Bapanya, Steve Jean-Pierre, segera memberi ubat alahan kepada Camron namun tidak memberi sebarang kesan positif terhadapnya.

“Semuanya berlaku terlalu cepat, Camron rebah dan sesak nafas sebaik sahaja dia memasuki rumah dan ubat yang biasa dia makan juga tidak menyembuhkan alahannya,” jelasnya bapanya.

Ketika menunggu bantuan tiba, Steve mencuba sedaya upaya untuk membantu anaknya namun Camron tidak dapat diselamatkan.

Tambahnya lagi,  Camron sempat mencium  dan mengatakan ” saya sayang ayah” kepada Steve sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Sumber: The New York Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar