Siakap Keli

(Video) Dikecam Netizen ‘Layan’ Buaya Macam Haiwan Jinak, Gadis Perjelas Tak Bela, Hanya Ambil Dan Lepas Ke Sungai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila gambar dan video seorang gadis dilihat begitu tenang memeluk seekor buaya yang dipangkunya di atas sebuah sofa.

Buaya bersaiz agak besar itu dipercayai dijumpai sebelum dilepaskan kembali ke sungai.

“Hai uols & selamat malam.   Tak habis lagi ke pasal sang buaya?? Rilek laa uols aku xbela pun dia dlm caption sblum ni pun aku xda tulis aku bela yang uols panas apesal.”

“Aku just jumpa dia, ambik gambar terus lepas dia kat sungai. Sakit perut aku suka, baca komen uols.”

Walau bagaimanapun, gambar dan klip video yang dimuat naik itu mengundang kritikan netizen yang masing-masing risau dengan keselamatan gadis itu.

Sekali dia ngappp

Sumber: Azy Nadia

Nur Farra