Siakap Keli
TRT World

(Video)Dedikasi Seorang Ayah, Sanggup Berjalan Dalam Salji Tebal Setiap Hari Untuk Hantar Anak Ke Sekolah

Sistem pengangkutan yang tidak sempurna menyaksikan seorang lelaki di Turki, Yakup Engin terpaksa berjalan kaki setiap hari sejauh 6 kilometer untuk menghantar anak-anaknya ke perhentian bas sebelum ke sekolah.

Bas sekolah yang biasa dinaiki tidak dapat bergerak menuju ke perkampungan di mana Yakup tinggal, di Mus ketika musim sejuk dengan salji yang tebal. Yakup tiada pilihan kerana sepanjang tempoh ini, dia harus berjalan kaki menghantar dan mengambil anak-anaknya setiap hari.

Malah, di sepanjang perjalanan tersebut, Yakup juga perlu membawa kayu api yang akan dibakarnya ketika singgah berehat dalam perjalanan untuk memastikan anak-anaknya tidak kesejukkan.

Malah, Yakup tutut mendirikan sebuah khmeah ringkas di tempat mereka menunggu supaya anak-anaknya terlindung daripada suhu sejuk.

”Ayah kami membawa kami ke sini setiap hari dan kami menghidupkan api bersama-sama. Kami menunggu bas untuk ke sekolah,” kata Omar Engin, salah seorang anak Yakup.

Ujar Yakup lagi, selepas menghantar dua orang anaknya di perhentian bas tersebut, dia akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya di mana dia menghantar tiga orang lagi anaknya yang bersekolah di sekolah rendah di situ.

”Saya sanggup melakukan apa sahaja demi anak saya,” kata Yakup.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=mTZQZggnSnI]

 

Sumber: TRT World

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.