Siakap Keli
Wikipedia

(Video)’Ring Of Fire’, Kawasan Maut Penuh Dengan Bencana Alam Yang Perlu Anda Tahu

Satu fakta yang mengerikan, hampir semua gunung berapi paling aktif di dunia terletak di atas garisan Ring of Fire ataupun Lingkaran Cincin Api ini.

Selain itu, banyak juga laporan-laporan gempa bumi kuat berlaku di beberapa buah negara yang ‘tidak bernasib baik’ kerana berada di atas Ring of Fire.

‘Cincin’ ini dikatakan melingkari di atas kawasan sepanjang 25 ribu batu (40,000 kilometer) bermula daripada plak Pasifik seperti plak di Laut Filipina hingga ke plak di Coco dan Nazca yang terbina di penghujung Laut Pasifik.

Penduduk-penduduk di beberapa buah negara yang berada di atas Ring of Fire ini paling terdedah dengan bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan juga ancaman tsunami. Antara negera-negara tersebut adalah Indonesia, Filipina, Jepun, Amerika Syarikat dan Chile.

Plak tektonik adalah antara lapisan terbesar dalam bahagian kerak Bumi. Plak tektonik juga bergerak secara konsisten di atas bahagian mantle Bumi iaitu satu lapisan dimana terdapatnya batu pejal dan cecair di bawah kawasan kerak Bumi.

Manakala Ring of Fire terbentuk sebagai plak laut (oceanic plate) yang berada di bawah plak benua.

Kawasan gunung berapi ataupun letusan gunung berapi boleh berlaku apabila satu bahagian plak ditekan kebawah oleh bahagian plak yang lain sehingga berada di bawah bahagian mantle. Proses ini dikenali sebagai proses subduction. Gambar rajah di bawah menunjukkan proses letusan gunung berapi yang belaku di zon subduction.

Kejadian gempa bumi yang kuat juga boleh menyebabkan berlakunya tsunami seperti yang berlaku di Indonesia baru-baru ini juga berlaku di zon subduction. Dianggarkan terdapat sekurang-kurang 450 buah gunung berapi aktif di Ring of Fire yang berpontensi untuk meletus pada bila-bila masa.

Manakala gempa bumi pula merupakan kejadian lepasan tenaga daripada bahagian dalam Bumi, dimana sejumlah tenaga haba tersimpan.

Apabila tenaga haba ini terkumpul dengan banyak, ia berupaya untuk menggerakkan kawasan plak Bumi. Plak Bumi ini apabila bergerak menolak antara satu sama lain boleh menyebabkan berlaku geseran selain jumlah tenaga juga boleh bertambah. Hasil geseran inilah yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian gempa bumi.

”Ia mengambil masa puluhan ribu tahun untuk tenaga ini terhasil dan berkumpul di dalam Bumi, tetapi hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk dilepaskan dengan kesan yang membinasakan,” kata Hongfeng Yang, seismologist daripada Universiti China-Hong Kong.

Plak tektonik dalam keadaan biasa bergerak dalam ukuran beberapa inci sahaja setiap tahun, namun ketika kejadian gempa bumi berlaku, plak tektonik ini akan bergerak beberapa meter setiap saat.

Sehingga kini, seismologist di serata dunia masih buntu untuk mencari kaedah paling tepat untuk meramal bila dan dimana gempa bumi berlaku di kawasan Ring of Fire,

Sesetengah ahli seismologist juga mendakwa aktiviti menggali dan menggerudi bawah laut yang menembusi lapisan bumi untuk mencari minyak mungkin antara punca yang menyebabkan berlakunya kejadian gempa bumi, bagaimanapun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.

 

Sumber: CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di