Siakap Keli

Wanita Hamil Hampir Termakan Anggur ‘Berjarum’ Di Australia

AUSTRALIA: Seorang wanita hamil terkejut apabila hampir termakan buah anggur hijau berjarum yang dibelinya di sebuah pasaraya tempatan.

Menurut Skender Hasa dan suaminya, Shams Alsubaiy, mereka sedang menikmati snek selepas makan malam sebelum jarinya tercucuk sesuatu ketika sedang mengambil buah tersebut.

“Ketika saya cuba memotong buah tersebut, ada sesuatu yang menghalang dan membuatnya tersangkut,” jelas Hasa.

“Syukur saya tidak memakannya tanpa usul periksa. Saya sedang mengandung dan tidak mahu berlaku perkara yang buruk terhadap anak saya,” ujarnya lagi yang dipetik dari laporan 9News.

Pasangan suami isteri ini menemui dua batang jarum di dalam anggur yang berlainan selepas mereka memotong kesemua anggur yang dibeli.

Mereka segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polisĀ  dan insiden tersebut masih dalam siasatan.

Terdahulu, beratus-ratus kes penemuan jarum dalam buah strawberi berlaku di Australia hingga menyebabkan banyak kerugian termasuklah pasar raya menarik balik produk mereka dan petani terpaksa membuang hasil pertanian.

Sumber: 9News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar