Siakap Keli

Gangguan Bekalan Air Di 20 Kawasan Lembah Klang Mulai Sabtu Ini, SYABAS Minta Orang Ramai Simpan Bekalan Air

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan melalui portal rasminya mengeluarkan notis gangguan bekalan air berjadual melibatkan  20 kawasan di Lembah Klang.

Melalui kenyataan itu, gangguan bekalan air akan bermula pada jam 9.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019 hingga jam 11:00 malam Ahad, 13 Januari 2019 ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Bukit Nanas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah:

  1. Bukit Bintang
  2. Bukit Ceylon
  3. Bukit Damansara/Damansara Heights
  4. Bukit Persekutuan
  5. Bukit Tunku
  6. Brickfields
  7. Chow Kit
  8. Imbi
  9. Jalan Sungai Besi
  10. Seluruh Kawasan Bangsar termasuk Taman perumahan
  11. Kampung Attap
  12. Kampung Baru
  13. Kampung Keramat
  14. Pekeliling
  15. Pudu
  16. Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
  17. Titiwangsa Sentral
  18. Taman Duta
  19. Taman SA
  20. Taman Tasik Perdana (Taman Botani Perdana)

Pihak SYABAS dalam pada itu menasihati setiap pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan dan penutupan bekalan bermula.

Pihaknya akan mengerakkan bantuan bekalan air kecemasan dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat di Parkir HKL, Jalan Tun Razak yang akan beroperasi bermula 8.00 malam, Sabtu 12 Januari 2019 bagi memberi bantuan kepada pelanggan.

Bagi maklumat lanjut pengguna boleh rujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit “Air Selangor” di Google Play atau App Store untuk maklumat dan status terkini  yang akan dikemaskini dari masa ke masa. Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919 untuk bantuan.

Sumber: SYABAS

Nur Farra