Siakap Keli

Ibu ‘Tangkap’ Anak 6 Tahun Pandai Minta Bantuan Peranti Pintar Jawabkan Soalan Kerja Sekolah Matematik

Zaman ini semuanya terlalu canggih dan moden.  Segalanya yang diperlukan hanya dihujung jari.  Daripada memilih makanan, mencari arah jalan mahupun membeli barangan rumah semua boleh dilakukan hanya dengan menggunakan peranti pintar.

Mengambil kesempatan keatas fungsi teknologi yang tiada tandingannya, kanak-kanak ini mengejutkan ibunya sendiri apabila meminta bantuan untuk menyelesaikan kerja rumah matematik dengan peranti pintar.

Jariel, 6 tahun ‘ditangkap’ ketika sedang bertanyakan jawapan kepada soalan kerja sekolah matematik yang ditugaskan oleh gurunya di sekolah.

Ibunya, Yerelyn terkejut apabila Jariel menyiapkan kerja sekolah dengan hasil pertolongan pembesar suara pintar daripada Amazon yang dikenali sebagai Alexa.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter ibunya mendapat perhatian ramai orang yang kagum dengan Jariel yang mahir menggunakan teknologi seawal usia 6 tahun.

“Alexa, berapa 5 tolak 3?” Tanya Jariel.

“5 tolak 3 sama dengan 2,” Alexa menjawab pertanyaannya.

“Berikan dia penghargaan kerana anak kecil ini sangat bijak.”

“Dia bekerja lebih pintar daripada kuat.”

Nur Farra