Siakap Keli

Pelancong Ramai Sangat, Kerajaan India Naikkan Harga Tiket Masuk Taj Mahal 400%

Harga tiket untuk pelawat India ke Taj Mahal telah dinaikkan sebanyak 400%, dalam percubaan terbaru untuk mengurangkan jumlah pelancong dan mengurangkan kerosakan ke tapak pelancongan keatas negara itu.

India dikunjungi lebih 6.5 juta pelancong setiap bulan.  Dibina di tebing Sungai Jumna, Taj Mahal adalah lambang cinta Maharaja Shah Jahan kepada isterinya, Mumtaz Mahal.

Sebelum ini, tiket masuk ke kawasan struktur ikonik di India ini dicaj 50 rupee (RM3), namun diatas perlaksanaan baru kerajaan itu, harga barunya naik kepada 250 rupee (RM14).

“Kami mahu orang ramai membayar lebih banyak untuk mengehadkan pelancong,” jurucakap dari Penyiasatan Arkeologi India , badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk penjagaan, memberitahu media.

“Ini akan mengurangkan bilangan pelawat ke tempat ini sekurang-kurangnya 15-20% dan menjana pendapatan untuk pemuliharaannya,” kata jurucakap itu.

Pergerakan terbaru hanya berlaku beberapa bulan selepas pihak berkuasa India menyekat jumlah pelancong ke 40,000 sehari . Sebelum ini, sehingga 70,000 orang akan melawat tapak pada hujung minggu.

Pakar mengatakan bahawa aliran besar orang ramai menyebabkan kerosakan tidak dapat dipulihkan ke atas lantai marmar, dinding dan asas.

Kerosakan lain turut menjadi punca pelaksanaan ini.  Salah satunya adalah disebabkan kotoran oleh serangga dari sungai Yamuna yang berbahaya, iaitu saluran air yang paling tercemar di India.

Pada bulan Julai lalu, mahkamah tertinggi India mengancam sama ada menutup atau meruntuhkan monumen tersebut atas kegagalan pihak berkuasa untuk melindunginya dari kemerosotan.

Mahkamah meminta pihak berkuasa India untuk berunding dengan pakar antarabangsa untuk mempercepat usaha pemuliharaan.

Sumber: The Guardian

Nur Farra