Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Seasonal Affective Disorder” atau Gangguan Afektif Bermusim Berlaku Disebabkan Perubahan Empat Musim

Apabila tibanya musim cuti sekolah pasti ramai ibu bapa yang tidak akan melepaskan peluang untuk membawa anak-anak keluar bercuti ke tempat-tempat yang menarik. Sesetengah keluarga akan memilih luar negara sebagai destinasi percutian dan ada juga di dalam negara.

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang beriklim tropika lempab dan panas manakala negara luar seperti jepun, korea, kanada pula mengalami empat musim seperti sejuk, panas, luruh dan bunga. Pernahkah anda dengar mengenai “Seasonal Affective Disorder” atau Gangguan Afektif Bermusim yang mana ia merupakan sejenis kemurungan yang dialami oleh seseorang disebabkan perubahan musim.

Sumber Google: https://blog.hotelscombined.com

Sesetengah pesakit tidak mengalami kemurungan pada musim yang sama, sebahagiannya berlaku pada musim luruh sehingga ke musim sejuk dan ada juga yang bermula pada musim bunga dan berakhir pada penghujung musim panas.

Antara gejala yang dapat kita lihat seperti sering berasa tertekan sepanjang hari, tidak dapat tidur, hilang selera makan, dan yang paling bahaya ingin membunuh diri. Sekiranya gangguan ini dibiarkan terlalu lama, boleh membawa kepada penyakit bipolar yang lebih membahayakan.

Sumber Google: www.everydayhealth.com

Penyelidik telah mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan keadaan ini antaranya:

  • biologi keluarga- Mungkin di antara ibu atau ayah pernah mengalami penyakit tersebut dan diwarisi oleh anak-anak.
  • bipolar-telah mengalami kemurungan, dan perubahan musim menambahkan lagi tekanan

Mereka boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan sebarang rawatan dan nasihat bagi mengatasi gangguan kemurungan tersebut. Antara alternatif yang boleh dilakukan seperti:

  • ubat-ubatan-mengambil ubat-ubatan yang telah disarankan oleh doktor untuk mengawal masalah kemurungan
  • psikoterapi- sokongan daripada ahli keluarga antara usaha yang baik untuk mengelakkan pesakit daripada tertekan dan banyak berfikir
Sumber Google: http://www.mccva.com

Walaupun kita lihat tekanan itu sebagai perkara yang biasa sebenarnya tidak, kerana seseorang boleh mengalami masalah mental seperti kemurungan yang berpanjangan dan mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Sokongan atau keakraban dalam sesebuah keluarga merupakan antara rawatan yang paling baik.

Sumber: psycommayoclinichealthline

marlya syafikah